Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 20, 2008

Mubarak anggap PM hanya bergurau....

Sep 19, 08 4:44pm

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa majlis tersebut sebagai 'orang pencen' sebagai gurauan sahaja.

Naib Presiden Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, perdana menteri memang seorang yang suka berseloroh dengan ahli-ahli Mubarak.

“Kita tidak ambil hati dengan kenyataan perdana menteri kerana kita tahu sikapnya yang suka bergurau.

“Hubungan Mubarak dengan perdana menteri amat baik dan tiada konfrontasi dengan beliau,” katanya.

Semalam, ketika diminta mengulas gesaan Mubarak yang memintanya mempercepatkan proses peralihan kuasa, secara sinis Abdullah berkata:

"Tak apalah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun. Mereka pun dah orang pencen semua itu"

Mengikut perancangan awal, Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya itu pada Jun 2010.

Othman berkata, apa yang penting ialah Mubarak telah menyampaikan hasrat ahli-ahli Umno supaya perdana menteri melaksanakan pelan peralihan kuasa lebih awal.


Pelan peralihan kuasa

Katanya, ia merupakan suara dan hasrat ahli-ahli Umno dari seluruh negara yang perlu disampaikan kepada perdana menteri.

“Dalam mesyuarat agung Mubarak baru-baru ini, semua pengerusi negeri kecuali Pulau Pinang, mahu pelan peralihan kuasa disegerakan.

“Pengerusi Pulau Pinang J Raj berkata, beliau mahu berkecuali kerana Abdullah berasal dari negeri itu,” katanya.

Semalam, Pengerusi Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika dihubungi berkata, sebaik selesai pilihanraya umum 8 Mac lalu, Mubarak menemui perdana menteri supaya melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya.

“Bagaimanapun, Abdullah tidak memberi jawaban terhadap cadangan Mubarak itu,” katanya.

Abu Zahar berkata, keputusan itu dibuat kerana keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Katanya, Mubarak merasa sangat dukacita kerana lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang.


Demi kepentingan bangsa

Beliau berkata, semalam Mubarak sekali lagi menggesa supaya peralihan kuasa dipercepatkan kerana Umno dan kerajaan berada dalam keadaan kelam kabut.

Katanya, keadaan menjadi bertambah gawat dan tidak menentu dengan isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa ialah pada pertengahan 2010.

Mubarak, katanya tiada sebarang kepentingan dalam isu peralihan kuasa ini, melainkan demi kepentingan bangsa dan parti.

“Oleh kerana ada pemilihan dalam perhimpunan agung Umno tahun ini dan kalau ada pertandingan akan berlaku politik wang, maka kita bimbang (keadaan) akan menjadi lebih teruk.

“Oleh itu kalau boleh, peralihan kuasa ini perlu dipercepatkan untuk meredakan keadaan dan berlaku secara aman damai,” katanya.

Abu Zahar berkata, Umno sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) perlu menjadi lebih kuat daripada parti parti-parti komponen yang lain. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising