Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Majlis Peguam terkejut dengan penahanan 'Pet'

13 Sep 2008 9:49AM
KL: Majlis Peguam terkejut dan prihatin dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) dan mahu beliau dibebaskan segera.

Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata ISA tidak sepatutnya dilaksanakan di bawah sebarang keadaan sekali pun.

Majlis Peguam turut prihatin bahawa tiga akhbar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan liputan berita mereka, katanya dalam satu kenyataan.

"Perkara ini beserta penahanan Raja Petra boleh dianggap sebagai mesej menakutkan bahawa kebebasan asas kita adalah tidak selamat," katanya.

Tiga akhbar berkenaan ialah The Sun, Sin Chew Daily dan Suara Keadilan.

Ambiga berkata jika sesuatu kesalahan telah dilakukan, indivdu terbabit perlu didakwa di mahkamah dan diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) turut prihatin dengan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri kepada tiga akhbar berkenaan.

Presiden NUJ, Norila Mohd Daud berkata perkara yang membimbangkan ini akan terus menyekat kebebasan akhbar dan secara tidak langsung menghalang wartawan daripada melaporkan berita yang benar tanpa rasa takut.

"Kesatuan ini merasakan suasana politik sekarang adalah berpunca daripada ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab yang membuat kenyataan mengenai isu sensitif tanpa terlebih dahulu memikirkan implikasinya kepada orang ramai," katanya.

Norila berkata sekiranya ketiga-tiga akhbar berkenaan turut ditutup, nafkah pencarian wartawan dan bukan wartawan yang tidak terbabit dengan isu berkaitan akan juga tertutup. Bernama



Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising