Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

Kerajaan Negeri akan senarai hitam bengkel kemuka tuntutan palsu

15-09-2008 06:07:09 PM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan menyenarai hitam bengkel yang didapati mengemukakan tuntutan palsu semasa menyelenggarakan kenderaan milik kerajaan negeri termasuk kereta Proton Perdana Executive V6 yang dipakai anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan akan memastikan tidak ada lagi kenderaan milik kerajaan negeri akan dihantar ke bengkel yang dikenalpasti membuat tuntutan palsu itu untuk mengelakkan kerugian duit kerajaan.

"Jadi saya harap, tidak ada pengusaha bengkel yang mengambil kesempatan (kemuka tuntutan palsu)," katanya ketika diminta mengulas mengenai dua pemilik bengkel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam atas tuduhan membuat tuntutan palsu kepada Kerajaan Negeri Terengganu berhubung pembekalan kotak gear Proton Perdana V6 Executive yang digunakan para anggota Exco.

Dua pemilik bengkel itu ialah Choong Yuen Sang, 48 dan Tor Kok Siong, 52 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana membuat tuntutan palsu.

Katanya, kerajaan negeri akan menunggu keputusan mahkamah dahulu sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap dua bengkel yang terlibat.

Beliau berharap pihak yang berkenaan termasuk pengeluar kereta Nasional sendiri iaitu Proton Holding Berhad membuka mata dalam hal ini dengan memastikan tidak ada barang ganti tiruan untuk kereta Proton berada di pasaran.

"Kita tidak ada pengetahuan untuk memastikan barang ganti yang digunakan oleh pengusaha bengkel itu tiruan atau tulen, jadi pihak yang berkenaan yang harus memain peranan dalam hal ini dengan memastikan tidak ada produk tiruan berada di pasaran," katanya.

Ahmad berkata kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk melantik seorang pegawai khas untuk memantau semua kenderaan milik Exco yang dihantar ke bengkel kerana ia disifatkan hanya merugikan wang kerajaan. BERNAMA


Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising