Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 20, 2008

KDN akan pantau Anwar - Syed Hamid

18 Sep 2008 3:52PM

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan memantau keadaan dan suasana dalam negara termasuk tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengambil sebarang tindakan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata keselamatan dan ketenteraman awam penting bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan mana-mana pihak yang cuba menjejaskannya boleh dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai agar jangan membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai tindakan kementeriannya.

"Lebih baik kita tengok suasana...bila tiba masanya jika perlu ambil tindakan kita akan ambil tindakan, tapi jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata Anwar kini sudah menjadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

"Kita akan melaksanakan tugas untuk memerintah dan mentadbir sebagai mandat yang diberikan kerajaan. Apa tindakan yang akan kita ambil, kita akan ambil bila tiba masanya tapi saya tidak mahu bincangkan perkara ini sebelum masanya tiba dan perkara itu berlaku," kata Syed Hamid.

Syed Hamid berkata tidak ada keperluan untuk membincangkan perihal Anwar setiap hari seolah-olah Malaysia ditadbir dan dikawal oleh Anwar.

"Kita tidak perlu tiap-tiap hari bincang mengenai ketua pembangkang itu banyak lagi benda-benda yang boleh kita buat," katanya.

Mengenai penahanan penulis blog "Kickdefella", Syed Azidi Syed Aziz di rumahnya di Demit, Kota Baharu mengikut Akta Hasutan semalam, Syed Hamid berkata ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pegawainya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika ditemui pada majlis yang sama, Ismail berkata bagaimanapun, beliau belum melihat laporan tersebut.

Semalam, Teresa melalui peguamnya Sankara Nair membuat laporan polis dan menyaman akhbar Utusan Malaysia, Pengarangnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo kerana memfitnahnya berkaitan isu larangan azan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. / Bernama

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising