Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, September 30, 2008

Kapal Bunga Melati 2 juga dibebaskan

Sep 30, 08 10:52am
Kapal tangki kedua Malaysian International Shipping Corporation (MISC), yang ditawan di Teluk Aden oleh lanun Somalia, telah dibebaskan.

Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Kol Fadzlette Othman Merican memberitahu Bernama malam tadi, MT Bunga Melati 2 dibebaskan pada 4.14 pagi dan kini belayar menuju Djibouti, Timur Afrika.

Kesemua anak kapalnya selamat, kecuali seorang kelasi warga Filipina yang mati akibat terkena peluru yang tersasar ketika kapal itu dirampas lanun pada 19 Ogos.

Beliau berkata wang tebusan berjumlah AS$2 juta bagi setiap kapal telah dibayar oleh MISC dan kedua-dua kapal itu akan melakukan pertukaran anak kapal di Djibouti sebelum berlepas ke Malaysia pada 4 Oktober.

"Terdapat beberapa kapal yang telah membayar wang tebusan tetapi masih belum dibebaskan... mereka (lanun) memberi keutamaan kepada kita," katanya.

Ahad, lanun membebaskan kapal tangki MT Bunga Melati 5 dan kedua- dua kapal itu dipercayai diiring oleh kapal perang Malaysia, KD Lekiu dan KD Sri Inderapura 2 ke Djibouti.

Selepas kapal tangki pertama itu dibebaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan, berkata rundingan masih dijalankan untuk pembebasan MT Bunga Melati 2.

MT Bunga Melati 2, yang mempunyai 39 anak kapal - 29 rakyat Malaysia manakala bakinya warga Filipina - dirampas di teluk itu pada 19 Ogos.

Sepuluh hari kemudian, MT Bunga Melati 5, dengan anak kapalnya terdiri daripada 36 rakyat Malaysia dan lima warga Filipina, mengalami nasib serupa ketika belayar dari Yanbu, Arab Saudi menuju Singapura.

Malaysia menghantar KD Lekiu, KD Inderapura dan KD Pahang untuk mengiringi kapal MISC dalam pelayarannya di perairan yang berisiko itu ekoran dua insiden rampasan kapal berkenaan.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising