Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

"Jangan ada pihak gambarkan negatif dalam usaha Pakatan Rakyat bentuk kerajaan" - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menasihatkan pelbagai pihak agar tidak memberi gambaran salah atau negatif ketika Pakatan Rakyat berusaha membentuk kerajaan baru.

Iklan




Dalam satu wawancara bersama Harakahdaily semalam Mahfuz menyatakan, hasrat agar kerajaan baru terbentuk kerana ia sebenarnya adalah kerana kemahuan rakyat sendiri.

"Saya harapkan tidak ada pihak yang memberi perspektif negatif terjadap usaha Pakatan Rakyat ini untuk membentuk kerajaan baru yang sebenarnya dimahukan rakyat itu sendiri sebab kita nak pastikan kembalikan persoalan perpaduan mantap dan tidak lagi menggunakan kepentinagn politik sempit dan perkauman yang akhirnya meghancurkan tamadun negara," ujarnya.

Sebelum ini Mahfuz berkata, banyak pihak yang cuba mengagalkan usaha Pakatan Rakyat ini termasuk Umno dengan memainkan isu perkauman seolah-olah membayangkan jika berlaku perubahan kerajaan, Melayu akan menjadi boneka kepada bangsa lain.

Menyangkal persepsi salah itu, Mahfuz mendakwa Umno lah sebenarnya yang kini keresahan dan kebimbangan jika terlepas kuasa mereka selepas melihat lima buah negeri di perintah Pakatan Rakyat.

Baginya, momokan negatif kepada Pakatan Rakyat hanyalah andaian dan usaha untuk gagalkan pembentukan kerajaan baru sekaligus untuk berikan talian hayat kuasa politik Umno-BN.

Sedangkan rakyat di bawah ini amat terasa tertekan dengan kehidupan di bawah BN dan mengharapkan perubahan kerajaan untuk berikan perkhidmatan yang baik, katanya.

"Ini satu andaiaan yang kita katakan bahawa perkara yang belum kita lihat terjadi tetapi nak dakwa Melayu jadi alat kepada Cina. Apakah selama ini Melayu Umno tak jadi alat kepada BN? kalau kita nak ukur mengikut realiti, ukuran ialah dalam temph 50 tahun BN memeruntah, apa yang Umno buat untuk kepentingan Melayu?," soalnya.

Bagi Mahfuz, rakyat melihat apa yang tergambar ialah menunjukkan Melayu Umno ini sebenarnya menjadi televisyen kepada 'remote kontrol' yang dipegang oleh orang lain atau bangsa lain.

"Dia (Umno) hanya jadi televisyen dalam perkara-perkara tertentu, saya rasa tak wajar nak katakan bahawa jika berlaku perubahan kerajaan kepada Pakatan Rakyat, Melayu akan jadi alat kepentingan kepada kaum lain ini tak wajar.Hal ini umpama sebelum kahwin kita dah dakwa wanita itu dah mandul sedangkan kita belum kahwin lagi dengan dia.

"Dalam keadaan hari ini Umno seolah-olah membayangkan kepada rakyat bahawa jangan ubah kerajaan sebab kalau ubah nanti kepentingan Melayu tergugat ini sebab mereka nak kuasa mereka diteruskan," katanya.

Setiausaha Agung PAS sangkal dakwaan bincang tidak rasmi

Sementara itu wartawan Intan Abdullah pula melaporkan, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dipetik menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa perbincangan mengenai pelan 16 September oleh Pakatan Rakyat adalah tidak rasmi.

Beliau menegaskan bahawa perkara tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 19 Mac lalu.

"Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa mereka yang menganggotai Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat adalah terdiri daripada Presiden, Setiausaha Agung dan Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa, Dr Syed Azman Syed Ahmad," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Katanya, mesyuarat rasmi Pakatan Rakyat juga telah diadakan pada 17 Mac yang diwakili Presiden, Setiausaha Agung dan Dr Syed Azman juga memutuskan sedemikian.

"Selain itu, selain Setiausaha Agung dan Dr Syed Azman, Ketua Pemuda PAS juga dilantik menganggotai Sekretariat Pakatan Rakyat daripada parti PAS," ujarnya.

Jelasnya, jika Presiden tidak dapat hadir beliau diganti oleh Timbalan Presiden atau Naib Presiden, Dato' Husam Musa.

"Kita telah berbincang tentang strategi politik bersama Pakatan Rakyat awal-awal lagi iaitu beberapa minggu selepas pilihan raya umum ke-12.

"AJK PAS Pusat juga telah bersetuju tentang strategi ini sejak April lagi," katanya lagi.

Setakat ini katanya, strategi untuk mendapatkan majoriti ahli parlimen BN bagi menyertai Pakatan Rakyat berjalan dengan aktif sejak dari tarikh tersebut.

Tambahnya, Pakatan Rakyat telah bermesyuarat beberapa kali dan umumnya adalah membincangkan pelaksanaan strategi yang dipersetujui.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising