Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

ISA jelas bermotif politik

Menemui bekas tahanan Kemunting, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membaca buku-buku tulisan bekas tahanan akta zalim itu boleh disimpulkan bahawa semua tahanan berkenaan dibuat atas arahan pemimpin Umno bermotifkan politik bukan keselamatan negara.

Mereka berkata, kebanyakan penyiasat atau anggota polis yang diarah berbuat demikian memperakui mereka hanya menerima arahan dari pemimpin Umno untuk sekadar menghalang aktiviti mereka berpolitik yang dianggap menggugat kekuasaan Umno sebagai parti pemerintah bukan mereka itu mempunyai apa-apa kesalahan.

Semasa disoal siasat dan mereka bersembang dengan pegawai-pegawai yang diarahkan itu memperakui bahawa tidak ada apa yang salah dilakukan oleh mangsa akta zalim itu.

Jelas, Umno dengan kuasa kerajaan yang ada telah menggunakan akta zalim itu sewenang-wenangnya sehingga ahli-ahli politik yang dianggap mengancam Umno ditahan dan merengkok dalam tahanan kemunting bertahun-tahun lamanya.

Kali ini penulis ingin menulis sebuah sajak untuk merasai penyiksaan mangsa tahanan ISA di Kemunting yang ada sekarang.

Puisi ini bolehlah diberi nama MENGHITUNG WAKTU BISU



MENGHITUNG WAKTU BISU
(Memoir Kemunting dari sudut hati Mangsa ISA)

Aku sekadar menunggu waktu
menjengok sinar pagi
membelek senja luka
munajat di pekat malam:

"Ya Allah! Zalimnya, manusia berhati binatang
mereka ingat langit tidak akan runtuh
selama-lamanya.

"Nanti mereka akan sedar
takhta bertebrakan
langit mereka dongak
merobek, menghancurkan kepala
secara tiba-tiba
tanpa diduga.

"Ya Allah! Jeriji ini
aku akan tabah membilang
menjengok cahaya
jika masih terpancar
siang harinya.

"Malamnya aku memaksa mata
melelapkanya bersama mimpi ngeri
yang aku tidak relakan.

"Ya Allah! Anak-anak tercinta
yang ku kendong, yang ku dakap
di masa kecilnya telah mendewasakan
rindu dan kasih sayangku
namun kamar kaku ini
memenjarakan aku tanpa rela
oleh manusia durjana,
terkutuk di alam buana.

"Ya Allah! Isteriku yang pernah kutiduri malamnya
biarlah cinta cumbuanku menjadi pelembab
mimpinya ketika kesunyian diniharinya."

Berbicara denganmu anak-anak, isteri,
kaum kerabat dan sahabat handaiku
sedetik
di balik tembok usang ini
melepas sedikit rindu dan pasrah ku
biarkan aku berada di sini seketika
merasai suatu waktu untuk aku
munajat kepada Allah berpanjangan.

Perjalananku masih jauh
pasti suatu hari aku meredahnya
dengan perkasa
menemui penyudahnya.

Kuala Terengganu
15 September 2008

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising