Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

ISA, GMI anjur himpunan aman depan Bukit Aman malam ini

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru orang ramai menyertai perhimpunan membantah penahanan di bawah ISA yang dikenakan ke atas pengendali laman blog Malaysia Today, Exco Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di pintu utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, malam ini.

Iklan

Perhimpunan itu akan diadakan pada jam 8.30 malam sebagai tanda bantahan penggunaan ISA ke atas ketiga-tiga individu berkenaan.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata orang ramai yang berpeluang hadir menyertai perhimpunan malam ini, diharap dapat memakai baju berwarna merah hitam sebagai simbolik hitamnya kehidupan mangsa ISA, dan merahnya semangat rakyat menentang akta zalim tersebut.

"Perhimpunan ini sebagai bantahan penggunaan ISA dan signal daripada rakyat yang tidak mahu sesiapapun ditahan tanpa bicara, tanpa mengira kaum dan agama. Kami harap orang ramai yang hadir akan mengenakan pakaian berwarna merah hitam dan berterusan memakainya setiap Ahad sebagai kempen menentang akta ini," tegas beliau ketika sidang media badan itu di Dewan Perhimpunan Cina, petang ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta hadir menyatakan bantahan terhadap ISA, di samping memberi sokongan kepada semua tahanan akta zalim itu, malam ini.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising