Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 21, 2008

Hapus ISA untuk keadilan sejagat

[pete211.JPG]


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dilaporkan sebagai berkata, Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), masih diperlukan lagi bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Semua rakyat Malaysia, khususnya pengamal undang-undang yang cintakan keadilan sejagat tidak pernah merasakan bahawa akta tersebut diperlukan untuk sebarang tindakan ke atas mana-mana individu kerana akta-akta lain sudah memadai bagi mendakwa sesiapa yang melakukan kesalahan undang-undang.

Perkara ini disuarakan oleh Majlis Peguam Malaysia dan Bekas Menteri Undang-undang dan Kehakiman, Datuk Zahid Ibrahim sendiri.

Penulis berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia sengaja mempertahankan akta berkenaan kerana akta itu memberi peluang menyelamatkan Umno dari kecundang dalam arena politik tanah air.

Umno telah berjaya diperkasakan dalam insiden 13 Mei 1969, apabila parti itu yang hampir hancur berjaya terus bertapak sebagai tulang belakang kerajaan apabila penentang-penentangnya disumbat dalam tahanan di bawah akta zalim itu.

Ketika Umno lemah dan Barisan Nasional (BN) hampir hilang kuasanya akta inilah yang membela parti itu dan menguatkannya semula.

Ketika parti-parti komponen tersepit dengan serangan pembangkang dan ketidakpuasan hati rakyat, isu ketegangan kaum dicipta melalui tindakan licik agen-agen Umno dalam kerajaan dan luar kerajaan bagi membolehkan akta najis itu dipergunakan dengan sewenang-wenangnya sebagaimana berlaku baru-baru ini.

Pengendali Blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (Pet) kini masih ditahan di bawah akta tersebut walaupun Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok dan Pemberita akhbar Sin Chew Daily dibebaskan dari tahanan tersebut baru-baru ini.

Begitu juga dengan beratus-ratus tahanan ISA yang lain masih ditahan tanpa memberi peluang mereka membela diri di mahkamah.

Ia disifatkan sebagai The Law of The Jungle (undang-undang rimba) oleh pencinta keadilan termasuk pengamal undang-undang sendiri, kerana undang-undnag ini berdasarkan kepada siapa kuat dia berkuasa dan menang bukan berdasarkan siapa benar dan adil, dia menang dan berkuasa.

Penahanan mereka terbabit sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai isu termasuk fitnah perkauman, dipercayai ditaburkan oleh bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang sepatutnya bukan sahaja dikenakan tindakan disiplin Umno tetapi sepatutnya didakwa di mahkamah di atas kesalahan di bawah akta hasutan dan seumpamanya.

Bagaimanapun tindakan Majlis Tertinggi Umno hanya menghalang Datuk Ahmad daripada bergiat aktif dalam parti itu selama tiga tahun dan ia tidak memadai untuk mewujudkan keadilan kepada semua pihak.

Keadilan masih tidak terlaksana dengan tindakan tersebut kerana ada pihak yang ditahan tanpa bicara walaupun sehari akibat dari melaporkan kenyataan beliau dalam akhbar sebagaimana dibuat oleh Tan.

Tidak juga dilihat Umno dan kerajaan BN berlaku adil kepada rakyat Malaysia, apabila parti itu dipercayai mencetuskan isu berbaur perkauman bertujuan untuk menangkap pemimpin dan mereka yang menjadi musuh parti itu di bawah ISA atas apa alasan sekalipun, sebelum ini.

Tidak ada siapapun yang mahu melihat negara ini berada di dalam huru hara tetapi setiap kali dicipta huru hara, parti pembangkang dan mereka yang menjadi musuh politik BN menjadi mangsa keadaan, ditahan di bawah ISA.

Memang semua rakyat negara ini mahu hidup saling hormat menghormati, saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Jika ada dan benar wujud perselisihan kaum di negara ini, mereka terbabit perlu dihadapkan di mahkamah di bawah undang-undang yang sesuai dengan kesalahan mereka bukan di tangkap di bawah ISA.

Semua orang mahu melihat siapa yang bersalah dihukum sewajarnya kerana mereka cintakan keadilan dan mahu melihat keharmonian antara kaum berjalan dengan lancar dalam negara ini.

Jadi, tidak wajarlah mana-mana menteri bertindak dengan menggunakan akta tersebut dan kemudian sinis mendakwa ada pihak yang mahu melihat negara ini menjadi huru hara dan perbalahan kaum tercetus.

Sebenarnya, ada agenda tertentu dibuat oleh parti pemerintah bertujuan menutup kelemahan parti itu mentadbir negara dan bagi menyaksikan jangka hayat BN lebih panjang dari apa yang dijangkakan dalam arena politik negara ini.

Build A Niche Store - Succeed As An eBay Affiliate

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising