Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Halang Umno guna ISA!

Satu tindakan tidak bertamaddun menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) mulai lumpuh dan tidak keruan apabila pembangkang mula mengorak langkah ke arah membentuk kerajaan baru pada mulai tarikh 16 September ini.

Penggunaan akta zalim itu sudah dijangka dan pemerhati politik menyifatkannya sama dengan penggunaannya dalam beberapa operasi termasuk Operasi Lalang 1987.

Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata operasi penahanan tersebut "mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987" di mana berpuluh-puluh aktivis, artis, ali akademik dan ahli politik telah ditahan.

"Kedua-dua insiden itu adalah sama kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Tiga akhbar - Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sun dan akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - juga telah diberi surat tunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Insiden ini penulis peringatkan dalam artikel sebelum ini khususnya tindakan terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, mungkin diambil dalam masa terdekat.

Angkatan Tentera Malaysia perlu memberi nasihat kepada Umno/BN supaya jangan menggunakan sesuatu tindakan yang boleh menghuru harakan keadaan.

Terimalah hakikat kelemahan BN dan berilah kuasa kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara ini dengan mengadakan pilihan raya umum seberapa segera yang boleh.

Campurtangan tentera untuk sekadar beri nasihat, bagi saya tidak menjadi masalah kerana apabila berlaku huru hara yang terpaksa bekerja keras menghalangnya ialah pihak tentera juga.

Penulis juga mempunyai pendapat bahawa rakyat perlu membuat penilaian semula terhadap kelemahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan mengikut cara terancang sebagaimana tindakan Umno terhadap mangsa ISA.

Jika parti itu berlakon mencetuskan isu yang boleh dikaitkan dengan ISA, rakyat tidak perlu berlakon untuk membolehkan parti itu berundur dari persada kuasa pemerintah negara ini.

Bertindak bijaklah sebelum nasi menjadi bubur, sebelum Umno menjadi parti kuku besi dan sebelum huru hara berpunca dari Umno/BN benar-benarberlaku.

Masa depan ini berada di tangan anda dan kepimpinan Pakatan Rakyat sekarang.

Warkah Amaran
dari Kuala Terengganu.
13 September 2008

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising