Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

Habeas corpus difail bebaskan Raja Petra, Teresa

14-09-2008 07:34:12 PM

MARINA Lee Abdullah menunjukkan makluman penahanan Raja Petra Kamarudin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, kelmarin.

PETALING JAYA: Keluarga pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok akan memfailkan permohonan habeas corpus untuk membebaskan mereka berdua yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Permohonan membebaskan Teresa akan difailkan tengah hari esok manakala bagi Raja Petra pula kemungkinan esok ataupun lusa.

Peguam Sankara Nair dan Karpal Singh akan bertindak bagi pihak Teresa.

"Kami akan memfailkan permohonan 12.30 tengah hari dan kami difahamkan, keluarga Teresa akan dibenarkan menemui Teresa petang esok," kata beliau ketika dihubungi petang tadi.

Dalam pada itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan peguamnya semalam dan perbincangan susulan akan diadakan esok bagi menguruskan permohonan habeas corpus.

"Sudah tentu, sudah tentu (akan membuat permohonan habeas corpus)... kandungan belum dimuktamadkan lagi, saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam (esok)," kata beliau hari ini.

Kata beliau, sehingga hari ini beliau tidak memperoleh apa-apa maklumat mengenai perkembangan penahanannya.

Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 73(1) ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari.

Beliau dibawa keluar dari rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari kelmarin.

Sebelum ini, Raja Petra pernah ditahan menikut ISA pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kemunting, Taiping.

Pihak berkuasa berkata, Raja Petra ditahan berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga "Not all Arabs are descendants of the Prophets".

Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.-MSTAR

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising