Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 20, 2008

Dr M tak setuju Anwar ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Iklan




"Saya rasa ada kes ke atasnya. Daripada menahan beliau di bawah ISA, tunggu sehingga kes itu didengar," Malaysiakini memetik beliau berkata.

Mengenai penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Dr Mahathir berpendapat penahanan di bawah ISA tidak sepatutnya berlaku kerana mereka tidak mencetuskan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Diminta mengulas pertukaran portfolio antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai pengakuan bahawa Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan.

"Saya rasa ia adalah pengakuan bahawa Abdullah tidak boleh menjadi Menteri Kewangan. Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran bukunya, "Blogging To Unblock" dan "Merentas Halangan" di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini.

"Masalahnya terlalu banyak campur tangan ke atas tugas Nor Mahamed - itu yang saya dapat tahu. Beliau (Abdullah) sendiri tidak memainkan peranan langsung di dalam pengurusan kewangan negara".

Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan.

"Beliau meletakkan Najib di situ tetapi kita akan menghadapi saat yang sangat kritikal dalam ekonomi kita akibat apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG yang membabitkan AS$85 bilion".

Bercakap kepada pemberita, beliau mengingatkan bahawa Najib akan dipersalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis.

"Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising