Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 20, 2008

Dijamu 'seperti makanan anjing', dakwa Teresa

Sep 19, 08 9:55pm

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada penahanan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menghabiskan tujuh hari dalam penjara di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”.

Menjelang pesta kuih bulan Ahad lalu, dua hari selepas ditahan, wakil rakyat Seputeh itu berkata beliau sedih kerana pada waktu itu beliau sepatutnya berada bersama ahli keluarga.

teresa kok released from isa 190908 12“Saya sedih memikirkan perasaan mereka di luar tanpa kehadiran saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi - lebih dua jam selepas dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur tengah hari tadi (foto kanan).

Pesta kuih bulan merupakan sebuah perayaan yang penting bagi masyarakat Cina. Pada hari itu, semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama untuk makan besar.

Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.

Katanya, beliau ditempatkan dalam bilik kecil 6 x 8 meter dan dikehendaki memakai baju lokap sepanjang ditahan bawah akta kontroversi itu.

Pada sebelah malam, tambahnya lagi, beliau tidur bertilamkan papan sahaja di sebuah bilik berudara tidak segar.

Beliau hanya diberikan dua bantal apabila diminta, katanya. Bagaimanapun selimut dibekalkan.

Teresa juga berkata, beliau pada mulanya tidak dibekalkan dengan sebarang bacaan untuk mengisi masa lapangnya.

Apabila perkara itu diberitahu kepada polis di balai berkenaan, mereka bertanya kepadanya sama ada beliau memerlukan Bible, al-Quran atau kitab agama Buddha.

“Kamu bagi Bible, Quran, kitab Buddha, kamu bagi apa-apa saja, saya baca. Lepas itu, polis bawa saya sebuah Bible,” katanya yang beragama Kristian.

Atas permintaannya beliau dibekalkan dengan akhbar setelah beberapa hari “tidak tahu-menahu apa yang berlaku”.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 02Teresa juga berjaya “mencuri” udara segar dan berhawa dingin apabila dibawa bertemu dengan pegawai penyiasat setiap hari pada jam 5.30 petang.

Untuk dibawa ke situ, pada hari pertama sahaja beliau digari, selepas itu tidak lagi selepas dibantah.

Menyatakan kekesalan atas penahanannya itu, Teresa berkata belaiu tidak boleh faham bagaimana beliau dikatakan mengancam keselamatan negara sebagai alasan untuk menangkapnya di bawah akta itu.

“Bila saya tanya mereka tidak boleh jawab. Mereka kata itu arahan daripada pihak atasan,” katanya.

“Ini bulan Ramadan, bulan suci, ini dosa. Kenapa tangkap orang yang tidak bersalah.”

Sepanjang tempoh penahanan itu, menurutnya, beliau memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diajukan pegawai penyiasat kepadanya.

“Saya tulis jawapan untuk semua soalan. Semua yang ditulis sama seperti apa yang dinyatakan dalam blog. Saya sangat telus,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara itu.

Penahanannya genap tujuh hari lalu juga disifatkan seperti sebuah penculikan.

“Polis sekat kereta saya, mengetuk cermin mengatakan ditahan di bawah ISA,” katanya.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 09Beliau juga mempersoalkan polis yang tidak membenarkannya membuat panggilan telefon sewaktu awal-awal ditangkap sedangkan, katanya, beliau layak mendapat satu panggilan kepada keluarga dan peguamnya (foto kanan).

Beliau juga tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju terlebih dahulu.

Oleh itu, Teresa, memberikan nombor-nombor telefon penting kepada pemandunya supaya penangkapannya itu dapat dimaklumkan.

Dalam sidang akhbar penuh ceria yang dihadiri beberapa pimpinan DAP dan PKR dan kedua ibu-bapanya itu, beliau berkata akan terus bekerja sebagai exco dan wakil rakyat kerana “ada banyak kerja untuk dibuat”.

Beliau berkata akan lebih sibuk daripada dulu.

Ditanya sama ada polis menyatakan sebab pembebasannya, beliau berkata tidak. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising