Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 7, 2008

Demo: Zulkifli terima surat tunjuk sebab PKR hari ini


07-09-2008 05:00:14 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) hari ini menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana mengetuai demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

"Hari ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam," kata beliau dalam blognya hari ini.

Zulkifli berkata, surat tersebut menyatakan kesalahan yang didakwa dilakukannya adalah menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" anjuran Majlis Peguam.

"Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.

"Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 September.

"Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi di sisi Ilahi," katanya.

Kata Zulkifli lagi, beliau akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dijadualkan Selasa ini.

Sementara itu ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zulkifli mengesahkan, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab berkenaan.

"Ya, memang betul saya sudah terima surat tersebut di pejabat saya di Kuala Lumpur," katanya.

Jelasnya, Selasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu mungkin terpaksa ditunda kerana beliau mengendalikan kes di mahkamah.

"Saya mungkin akan meminta tarikh tersebut ditunda ke 15 September ini kerana minggu depan saya ada kes untuk dikendalikan di mahkamah," katanya yang ketika ini berada di kawasan Parlimennya.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising