Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 7, 2008

DAP letak syarat, Anwar masih belum bukti MP BN sertai Pakatan

07-09-2008 07:58:22 PM

KUALA TERENGGANU: DAP tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah sematamata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.

Katanya, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.

"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.

Di JAKARTA, Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang semalam membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 September kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.

"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu)," katanya.

Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.

Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.

Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.

Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.

Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 September, beliau berkata, "Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini".

Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising