Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

Campur Tangan Amerika Terhadap Negara Memang Sudah Dijangka - Rais

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Campur tangan Amerika Syarikat terhadap Malaysia bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan negara itu kerap mencampuri urusan dalaman Malaysia, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata sebelum ini negara itu turut mencampuri urusan dalaman Malaysia apabila memanggil duta Malaysia di Washington Ogos lepas bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada 12 Sept lepas pula mereka sekali lagi memanggil wakil kita di Washington berhubung penahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koleksi Buku Falsafah Terbitan Institut Terjemahan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan itu, Malaysia telah memberi penjelasan kepada Amerika bahawa penguatkuasaan ISA adalah mengikut Perlembagaan yang dilaksanakan sebagai langkah pencegahan.

Jumaat lepas, tiga orang -- pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng -- ditahan mengikut ISA. Tan dibebaskan Sabtu.

Rais berkata walaupun Amerika memahami undang-undang Malaysia, negara itu sekadar ingin menunjukkan bahawa mereka adalah mata-mata dunia.

Beliau berkata Malaysia juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Amerika mengenai dua rakyat negara ini yang di tahan di pusat tahanan Guantanamao dan belum dibicarakan.

Kuala Lumpur bercadang memanggil Duta Amerika di Malaysia bagi meminta penjelasan mengenai apa yang harus dilakukan berhubung kes dua rakyat Malaysia itu, katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak yang meminta Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dalam Kabinet, Rais berkata tidak seharusnya seorang anggota Kabinet lain menggesa rakannya supaya berhenti atau diambil tindakan.

"Itu adalah satu bibit yang tidak seharusnya dilayan.

Kuasa itu hanya ada pada Perdana Menteri. Kita sebagai menteri atau anggota kabinet tak wajar menyarankan rakan lain diambil tindakan atau berhenti sebagai menteri, lagipun apa yang disebut Muhyiddin adalah suara akar umbi pada mesyuarat cawangan Umno Jun lepas," katanya.

Mengenai hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara tertutup, Rais berkata perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising