Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, September 3, 2008

BN digesa bincang baiki kelemahan

Sep 3, 08 12:21pm
Ketua Pemuda Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman menggesa agar semua pihak dalam parti komponen Barisana Nasional (BN) supaya berbincang untuk memperbaiki kelemahan dalam gabungan berkenaan.

Beliau yang ketua Pemuda Arau menegaskan BN mempunyai wadah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

"BN ada wadah untuk mendengar masalah semua kaum. Guna wadah tersebut untuk mengatasi masalah.

barisan nasional"Saya menyeru semua pemimpin parti-parti komponen BN di peringkat pusat atau negeri duduk berbincang.

"Tak perlu mengeluarkan kenyataan terbuka, tak selesaikan masalah," kata Rozabil ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut beliau lagi, Umno bukan sebuah parti perkauman di Malaysia.

Beliau diminta mengulas gesaan perwakilan Gerakan Perak yang dilaporkan baru-baru supaya parti itu meninggalkan BN jika gabungan itu gagal menyelesaikan isu perkauman dan agama.

Mesti berhati-hati

Menurut Rozabil lagi, kekeliruan dan kekusutan sehingga menyebabkan parti Gerakan dan Umno sama-sama ‘terasa' adalah berpunca daripada helah pembangkang.

Sehubungan itu juga beliau berharap agar mana-mana pemimpin dalam BN supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Beliau juga mengingatkan individu-individu dalam parti komponen agar tidak menikam BN dari belakang.

"(Individu-individu dalam) parti-parti komponen, kalau nak berjuang untuk rakyat mengikut landasan BN, kenalah duduk dan bekerja dengan semangat untuk kukuhkan BN.

"Kalau ada individu yang tikam dari belakang, maka ia akan memecahbelahkan BN," katanya sambil menambah mereka ini haruskan dihadapkan kepada lembaga displin atau keluar daripada parti.

Rozabil juga mengingatkan pemimpin parti komponen BN agar tidak mengikut gendang pembangkang untuk melompat menyertai mereka. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising