Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 15, 2008

Bicara kes Exco Perak dituduh rasuah Februari depan

15-09-2008 06:39:24 PM

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 10 Feb tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes dua anggota exco kerajaan negeri Perak bersama-sama tiga lelaki lain berhubung 16 pertuduhan terlibat dalam rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut semula hari ini dan memutuskan bahawa kelima-lima tertuduh dibicara secara serentak walaupun terdapat pertuduhan yang didakwa berlaku di Pulau Pinang.

"Kes ini adalah kes yang serius dan merupakan kes jenayah, dan tidak ada yang melucukan terhadap kesemua pertuduhan. Mahkamah meminta semua pihak mengambil perhatian dalam perkara ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Negeri Jamaluddin Mohd Radzi, 52, dituduh bersama seorang ahli perniagaan, Usaili Alias, 56, menerima rasuah RM5,000 daripada Mohamad Imran Abdullah pada 11.40 pagi 14 Ogos lepas di Tingkat 1, Pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri Perak sebagai dorongan membantu Mohamad Imran mendapatkan projek yang dicadangkan dibangunkan di tanah seluas 36 hektar di pusat bandar Seri Iskandar dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu pula menghadapi tiga pertuduhan bersama Usaili.

Dalam pertuduhan pertama, keduaduanya didakwa secara bersama menerima rasuah wang tunai RM5,000 daripada Mohamad Imran pada 7.15 malam 16 Ogos lepas di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa meminta rasuah wang tunai daripada Mohamad Imran sebanyak RM100,000 di tempat dan pada masa yang sama manakala bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa menerima rasuah wang tunai RM100,000 daripada Mohamad Imran pada 6.15 petang 19 Ogos lepas di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya, di sini.

Usaili turut menghadapi empat pertuduhan lain antaranya meminta daripada Mohamad Imran wang tunai sebanyak RM5,000 kononnya untuk Jamaluddin pada 5 petang 12 Ogos lepas di Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya di sini.

Dia juga dituduh meminta RM5,000 daripada Mohamad Imran kononnya untuk Mohd Osman pada 11.40 pagi 14 Ogos lepas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat, 46, menghadapi tujuh pertuduhan termasuk meminta rasuah wang tunai RM10,000 daripada Mohamad Imran untuk Usaili.

Dia juga dituduh meminta daripada Mohamad Imran seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Seorang anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul bin Hassan, pula dituduh menerima rasuah daripada Mohamad Imran seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Kesemua mereka, yang diwakili oleh 11 peguam bela, mengaku tudak bersalah dan minta dibicarakan.

Sebelum itu pihak pembelaan memohon supaya pertuduhan yang berlaku di Pulau Pinang didengar di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang supaya ia lebih sesuai dengan pertuduhan berkenaan tetapi pihak pendakwaan tidak bersetuju kerana asas pertuduhan adalah berkaitan satu projek pembangunan di Perak.

Pendakwaan yang diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrullah Khan Nawab. BERNAMA

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising