Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Anwar: Pakatan tangguh pelan 16 Sept halang kerajaan ambil kesempatan

13-09-2008 09:12:29 PM

PETALING JAYA: Rancangan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan Selasa ini terpaksa ditunda, kali ini bagi mengelak isu ini digunakan oleh kerajaan untuk memperluaskan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada Selasa lalu, Anwar mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjakkan tarikh mencapai sasaran pembentukan kerajaan baru persekutuan ke tanggal lain - kemungkinan 20 atau 21 September ini, bukannya 16 September.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat sementara waktu fokus Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan ketenteraman awam tidak terganggu berikutan penahanan tiga individu di bawah ISA semalam.

Sehingga kini seorang daripada yang ditahan, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, telah dibebaskan.

"Dari segi jumlah kita tidak ada masalah. Kita akan meneruskan pelan kita seperti yang dirancang mengikut peruntukan Perlembagaan Negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini.

Beliau mendakwa tindakan kerajaan menahan individu terlibat di bawah ISA membuktikan ia kini sudah rasa tertekan dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan. (MSTar)

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising