Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

AMK Sabah buat laporan BPR isu lawatan ahli Parlimen ke Taiwan

KOTA KINABALU, 13 Sept (Hrkh) - Angkatan Muda Parti Keadilan (AMK) Sabah, membuat satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan wang rakyat dalam program lawatan sambil belajar 49 ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) ke Taiwan baru-baru ini.

Iklan




Ketuanya, Abdul Razak Jamil berkata, aduan kepada BPR itu dibuat selepas membaca laporan sebuah akhbar tempat yang menyiarkan dakwaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teeck Lee mengenai pemberian RM 50,000 kepada setiap ahli Parlimen yang menyertai lawatan ke negara itu.

Razak mendakwa, dalam kenyataan Presiden SAPP itu, mendakwa ahli Parlimen Sepanggar Dato' Eric Majimbun dan ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Buit telah menolak pelawaan ke Taiwan dan wang saku sebanyak RM 50,000 yang dikatakan diberikan kepada setiap ahli perlimen berkenaan.

"Kita membuat laporan ini agar pihak BPR melakukan siasatan bagi memastikan tidak ujudnya penyelewengan duit rakyat dalam program lawatan itu".

Tegas beliau ketika dihubungi selepas menyerahkan kertas laporan kepada BPR Sabah dikompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di ibu negeri.

Kertas laporan itu diterima oleh Pegawai Penyiasat BPR, Dayangku Intan Pangiran Zainal Abidin.

Turut mengiringi beliau, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Sabah Abdul Hamid Abdul Hadi dan Setiusaha Kerja Pejabat Pemuda PAS Negeri, Salman Mohd Hani.

Ketika ditanya berhubung peralihan kuasa kerajaan pusat ke Pakatan Rakyat pada 16 September ini, beliau berkata, setakat ini pihaknya menunggu sahaja maklumat dan perkembangan terkini mengenai perkara itu.

Beliau menambah,setakat ini Keadilan Sabah telah pun mengadakan mesyuarat khas peringkat negeri mengenai perakara itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut sebarang maklumat penting hasil daripada mesyuarat berkenaan. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising