Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, September 10, 2008

Ahmad digantung tiga tahun

Sep 10, 08 5:25pm

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcKeputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

umno mt meeting on ahmad ismail 100908 ahmad ismail.jpgKetika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."

Boleh merayu

Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa anggota juga kabinet telah berbincang mengenai hubungan kaum dalam mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Menurutnya, kabinet berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hubungan antara kaum tidak baik dan terdapat ketegangan antara kaum.

Keadaan itu, katanya, diburukkan dengan banyak isu-isu dan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan isu-isu yang kebiasaannya tidak dibangkitkan.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu berterusan.

Keputusan tidak sebulat suara?

Beberapa pemimpin Umno yang ditemui selepas mesyuarat MT tersebut memberi pandangan yang berbeza mengenai keputusan yang diambil terhadap Ahmad itu.

shahrir samad 250907Ahli MT, Datuk Shahrir Samad berkata tindakan yang dikenakan ke atas Ahmad adalah bersesuaian.

Isu tersebut, katanya, telah sampai ke tahap yang boleh memecahbelahkan parti-parti komponen BN.

Oleh itu, kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata, tindakan mesti diambil.

shahidan kassim 01Seorang lagi ahli MT, Datuk Shahidan Kassim berkata tidak seorang pun yang boleh memainkan sensitiviti kaum tetapi bertanya sama ada Ahmad telah mendapat layanan yang adil.

"Jika anda mahu bercakap tentang keadilan, mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Suqiu atau orang yang mempermainkan lagu Negaraku?"

Sementara itu, Abdullah, ketika ditanya tentang kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno, Abdullah berkata, mesyuarat hari ini hanya membincangkan isu Ahmad sahaja.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising