Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 27, 2008

Agenda Umno telah tamat

Keputusan Majlis Tertinggi Umno (MT) menangguhkan Perhimpunana Agungnya sehingga Mac tahun depan disifatkan sebagai suatu tindakan untuk meredakan ketegangan dalaman parti itu ketika ahli akar umbinya mendesak Presidennya melepaskan jawatan dan tidak bertanding dalam perhimpunan parti tersebut.

Bekas Naib Presiden parti itu Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li), awal-awal lagi menyifatkannya sebagai suatu 'permainan kanak-kanak oleh orang dewasa' dalam parti itu, menunjukkan betapa parahnya thunami politik melanda Umno ketika ini.

Umno sudah menjadi parti kanak-kanak dan ia layak untuk dipelawa kepada kanak-kanak ketika bermain di waktu petang. Ia tidak layak dipelawa untuk orang dewasa walaupun ia diketuai oleh orang dewasa, jika kenyataan Ku Li dirujuk.

Amat malang bagi Umno peristiwa ini terjadi. Umno sudah hilang taring dan menjadi 'parti pondan', tidak berani berdepan dengan kenyataan bahawa Umno tidak relevan lagi untuk ahlinya sendiri. Apa lagi untuk orang lain.

Rendahnya nilai politik Umno apabila parti itu sanggup mengenepikan perlembagaannya sendiri demi menyelamat beberapa kerat manusia yang tidak berprastej dalam Umno.

Parti yang tidak kukuh dan tidak kosisten seperti Umno tidak selayaknya diberi tempat untuk menjadi pemerintah negara ini mulai sekarang.

Umnolah yang meletak negara di hujung tanduk. Umnolah yang mencetuskan ketidaksenangan pelabur terhadap ekonomi Malaysia kerana dengan kredebiliti yang tercemar Perdana Menterinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, intilektual ekonomi antarabangsa tidak nampak mengapa relevannya pelaburan mereka berada di Malaysia.

Jangan tuding jari kepada parti-parti pembangkang apabila negara berada di kancah kemelut atau krisis politik dan ekenomi dewasa ini. Umno sepatutnya dipersalahkan kerana dia yang memerintah tetapi tidak pandai berbuat demikian bagi mengurus politik dan ekonomi negara kepada satu hadap membanggakan.

Rakyat mesti bertindak bijak dan ahli-ahli politik pembangkang pun demikian. Jangan biarkan negara diperkotak-katikkan oleh Umno yang hilang arah dan integriti di mata dunia sekarang dengan kes-kes yang cukup tercemar termasuk pembunuhan Altantunya dengan C4 dan penahanan rakyat di bawah ISA.

Umno kekurangan pemimpin berkaliber dan Umno hanya ada kuasa untuk menampakkan dia masih berkemampuan untuk mentadbir negara tetapi hakikatnya parti itu gagal meyakinkan semua pihak untuk melihat kemampuannya masih tidak terjejas.

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lebih berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri di masa depan, peranannya dan perancangannya sedang diperhatikan oleh dunia.

Pemerhati politik dunia mahukan suatu perubahan dan pembaharuan dibuat untuk Malaysia di bawah Anwar dan segala tindak tanduk Umno terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatkan sebagai konspirasi jahat politik manusia berkepentingan dan tamakkan kuasa.

Pelabur mahukan suasana kondusif politik dan ekonomi Malaysia bagi menjamin prospek keuntungan jangka panjang.

Realiti yang ada, Abdullah Haji Ahmad Badawi dan kabinetnya tidak berupaya memacu Malaysia ke satu destinasi kemajuan bertaraf dunia dan berdaya saing dengan sikap politik normadnya yang kurang berkesan terhadap pentadbiran negara.

Agenda Umno sudah tamat. Mana-mana parti berasaskan perkauman perlu berfikir panjang untuk mengekalkan status-quo dasar perlembagaan parti masing-masing kerana rakyat negara ini menyifatkan dasar perkauman mencetuskan konflik kaum sejak insiden 13 Mei 1969 yang sudah tentu merugikan negara.

Ia didokong oleh Umno sendiri. Rakyat Malaysia sudah ditakdirkan menjadi masyarakat majmuk. Perjuangan untuk sesuatu kaum tidak lagi relevan dan menimbulkan ketidakadilan dalam perlaksanaan kontrak sosial di kalangan mereka.

Kegagalan ideologi manusia menyelesaikan kemelut perkauman pula menjadi asas kenapa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat berpanjangan kerana asas penyelesaian tidak berpaut di dahan yang kukuh.

Di sinilah letaknya kenapa semua pihak dalam negara ini perlu duduk semeja merundingkan apakah alternatif baru dalam penyelesaian kemelut kerukunan negara ini agar semua pihak merasa puas hati dengan jalan penyelesaiannya.

ia mestilah dikendalikan oleh golongan yang berpihak kepada spirasi rakyat bukan aspirasi beberapa kerat manusia dalam Umno.

Bagi penulis, Islamlah sebagai suatu penyelesaian sejagat kerana Islam adalah cara hidup Ilahi yang amat sesuai dengan semua lapisan manusia dan semua penganut agama. Islam tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama untuk beramal dengan agama masing-masing selagi kerukunan dan perlembagaan negara dihormati.

Mereka bebas hidup di bawah satu bumbung dan payung negara di bawah Yang Dipertuan Agong selagi mereka tidak menyalahi undang-undang.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising