Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 13, 2008

Adun dan ahli Parlimen DAP anjur majlis berbuka puasa

BUKIT MERTAJAM, 13 Sept (Hrkh)- Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi merupakan ahli politik pertama negeri ini menganjurkan jamuan berbuka puasa untuk masyarakat Islam setempat di Padang Awam Berapit Khamis, 11 September.

Iklan

Walaupun kedatangan mereka terutamanya Lydia Ong agak lewat kerana kesesakan jalan raya di atas jambatan Pulau Pinang namun dalam ucapan selepas tetamu Islam solat magrib di surau berdekatan beliau menyatakan, jamuan ini khas sebagai meraikan penduduk Taman Mutiara Indah yang sama-sama membantu kemenanganya dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau juga menyifatkan, kemenangan tersebut adalah kemenangan bersama yang seharusnya penduduk beragama Islam jangan lepas peluang mendapatkan bantuan atau khidmat nasihat daripada Pejabat Khidmat Dun yang baru dilancarkan.

"Memandangkan kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan bersama maka kami menjemput semua rakyat berjumpalah dengan kami sekiranya ada masalah yang perlu diselesaikan. Kami menyediakan petugas khas yang akan mengambi segala permasalahan, " ujarnya yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri.

Manakala Chong Eng dalam ucapan ringkasnya menyeru, semua masyarakat tidak kira bangsa, agama dan warna kulit supaya bersama-sama memelihara kesejahteraan hidup di negara ini di samping bertindak membasmi rasuah, penyelewengan dan menipu sesama manusia.

"Sikap itu, bukan sahaja salah dari segi undang-undang negara malahan semua agama melarang penganutnya melakukan kepincangan yang boleh meruntuhkan maruah agama yang dianuti.

"Rakyat yang baik ialah mereka yang tidak melakukan penipuan dan penyelewengan sesama sendiri sebaliknya menjaga keharmonan, kesejahteraan dan perpaduan, " tambah beliau.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising