Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, September 29, 2008

60 peratus ahli Gerakan mahu parti itu keluar BN

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Sep 29, 08 | 5:10:15 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Hrkh) - Sentimen 60 peratus ahli-ahli mahukan Gerakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Pemangku Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam mengakui parti itu sedang menimbangkan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Iklan

Bagaimanapun keputusan itu harus mengambil kira pelbagai faktor dan bukan sentimen semata-mata.

Dua lagi pilihan lagi yang dipertimbangkan parti itu, katanya, ialah kekal bersama BN atau keluar dan menjadi sebuah parti bebas tanpa sebarang pakatan, lapor The Star.

Kemungkinan meninggalkan BN dan menyertai Pakatan, katanya, bergantung pada keadaan politik pada masa ini.

"Kami tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa ini. Kami perlu menilai situasi (pada masa ini), tetapi kami tidak menutup sebarang pintu.

"Kami juga tidak mengatakan kami akan pasti keluar (BN). Ia adalah sesuatu yang perlu kami inilai tetapi kami tidak boleh melakukannya berdasarkan sentimen sahaja," katanya selepas merasmikan konvensyen tahunan Gerakan Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Dr Koh berkata partinya telah menilai bagaimana senario politik di dalam negara ini akan terus berubah dan telah mendapat maklum balas daripada akar umbi.

"Jika anda bertindak dengan sentimen sahaja, bolehlah saya katakan 60 peratus (mahu parti itu meninggalkan BN), tetapi kami mengambilkira banyak faktor dan keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan sentimen semata-mata.

"Ia adalah tempoh yang sangat mencabar yang banyak memerlukan rasional dan analisis yang objektif. Keputusan mudah tidak boleh dibuat," katanya.

Ketika diminta mengulas tindakan 20 anggota Gerakan Wilayah Persekutuan termasuk bekas ketua penerangannya Gan Kok Keng dan bekas ketua bahagian Setiawangsa Li Tiam Chai yang menyertai PKR, Dr Koh mengakui beliau terperanjat dengan keputusan mendadak itu.

Minggu lepas, katanya, Li masih tidak pula menunjukkan sebarang tanda tidak senang dengan Gerakan.

Bernama pula melaporkan, Dr Koh juga menawarkan diri untuk jawatan Presiden apabila parti itu mengadakan pemilihan kebangsaan bulan depan tetapi akan berkhidmat tidak lebih dari dua penggal sekiranya dipilih.

"Saya menetapkan tempoh masa untuk diri saya, iaitu saya berkemungkinan tidak akan melewati dua penggal, mungkin lebih pendek," katanya.

Dr Koh berkata beliau menetapkan tempoh itu kerana mahu generasi muda supaya mengambil alih kepimpinan secepat mungkin dan meneruskan proses komitmen politik demi rakyat Malaysia.

"Tugas saya bagi dua penggal yang akan datang ialah untuk memupuk kepimpinan muda di semua peringkat supaya meneruskan perjuangan parti untuk rakyat," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang nama untuk Timbalannya, Dr Koh berkata parti itu menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukannya berdasarkan kepada proses demokrasi.

"Kami akan berunding dengan akar umbi dan biarkan mereka memberi maklum balas. Saya menawarkan diri tetapi itu tidak bermakna akar umbi mesti terima. Kami perlu melalui proses demokrasi," katanya.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising