Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 10, 2008

Zulkifli: Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam

Aug 9, 08 2:05pm

(Malaysiakini) Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam, kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

zulkifli noordinZulkifli yang juga ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibunegara hari ini.

Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam.

"Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.

Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam.

Perkataan menghina

"Semasa saya berunding dengan presiden dan timbalan presiden Majlis Peguam, saya katakan kepada mereka bahawa forum ini tidak wajar diadakan.

"Saya katakan forum ini menguji kesabaran orang Islam," katanya yang gembira kerana umat Islam bersatu menyatakan suara mempertahankan hak mereka.

bar council islamic forum controversy inccident 090808 04Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu, Jais Abdul Karim berkata, beliau mendapat tahu 110 peserta telah menghadiri forum tersebut.

Katanya, 95 peratus daripada mereka adalah terdiri daripada orang bukan Islam.

"Semasa kami naik ke tempat forum, saya mendapati ia sedang berjalan dan kami memaksa mereka memberhentikannya.

"Ketika itu ada peserta mengeluarkan perkataan yang menghina kami," katanya sambil menambah "inilah perjuangan yang terpaksa kami lalui untuk menegakkan Islam".

Jais berkata, beliau berharap program seperti ini tidak lagi diadakan pada masa depan.

Katanya, sebanyak 29 penyokong NGO Islam datang untuk menyatakan sokongan membantah forum tersebut. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising