Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 27, 2008

Umno terima dengan hati terbuka...

Aug 26, 08 12:00am
Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata BN dan Umno negeri menerima keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan tenang.

Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata pengundi di Permatang Pauh telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati pilihan mereka itu.

"Bagi BN dan Umno, kami telah berusaha dan bekerja keras bagi mendapatkan kepercayaan serta keyakinan pengundi tetapi nampaknya takdir telah menentukan begitu dan kita terimalah apa yang telah ditakdirkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan berkata BN perlu mengadakan post-mortem untuk mengenalpasti punca kekalahan parti itu buat kali keempat di Parlimen Permatang Pauh.

"BN perlu menstruktur semula mekanisme tindakannya supaya parti itu tidak kehilangan sokongan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MIC Permatang Pauh P.K.Subbaiyah berkata penduduk di Permatang Pauh berharap Anwar akan mengotakan janjinya untuk memberi khidmat yang baik kepada negara dan semua kaum.

'Pemuda PAS gembira'

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat Permatang Pauh kerana telah berusaha memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar," katanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihanraya kerana telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan pilihanraya ini.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan Anwar itu.

Salahuddin menyifatkan kemenangan Anwar itu satu titik permulaan kepada perubahan untuk rakyat dan negara.

"PAS ucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan ini dan selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dalam menentukan halatuju perjuangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Salahuddin menegaskan selagi Anwar tetap dengan dasar yang hendak dilaksanakan, permuafakatan Pakatan Rakyat berada pada landasan yang tepat dan PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR.

"Apa-apa masalah yang sekiranya timbul dalam Pakatan Rakyat nanti, ia hendaklah dibincangkan dalam suasana bermuafakat," tambahnya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP percaya BN tidak menangani pilihanraya itu dengan serius, yang membawa kepada kekalahannya.

Beliau berkata BN nampaknya asyik menumpukan perhatiannya terhadap isu moral Anwar daripada memikirkan kebajikan rakyat.

"Kami (DAP) tidak pernah ragu yang Anwar akan menang. Saya rasa orang-orang dalam Barisan Nasional (BN) fikir beliau (Anwar) akan mendapat undi kurang daripada (yang diraih) isterinya," kata Charles. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising