Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 10, 2008

Umno Dalam Zon Bahaya Jika Politik Wang Berleluasa, Kata Muhyiddin

KOTA BAHARU, 10 Ogos (Bernama) -- Umno disifatkan berada dalam zon bahaya jika politik wang yang kini semakin berleluasa tidak ditangani segera sehingga akhirnya rakyat hilang kepercayaan kepada parti terbesar bangsa Melayu itu.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan keadaan itu berkata Umno perlu berbuat sesuatu untuk tidak menjadikan politik wang sebagai satu barah yang akhirnya merosakkan parti secara keseluruhan.

"Kita sebagai anggota parti perlu pandang perkara ini dengan serius dan saya sifatkan Umno kini sudah berada di zon bahaya jika politik wang ini berleluasa seperti yang kita lihat hari ini," katanya kepada pemberita selepas memberikan Taklimat Tata Etika Umno di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata jika satu ketika dahulu politik wang itu berlaku pada proses pemilihan di peringkat tertinggi parti tetapi ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.

"Saya dapat laporan tidak rasmi keadaan ini sudah berleluasa di semua peringkat dan ia sesuatu yang cukup menakutkan kalau amalan ini sudah jadi kebiasaan nanti," katanya.

Beliau berkata menurut laporan yang diterimanya juga amalan politik wang itu berlaku secara meluas di negeri-negeri yang diperintah pembangkang. "Saya tidak kata negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah ini tetapi dimaklumkan kepada saya secara tidak rasmi banyak berlaku di negeri-negeri yang kita tewas," katanya.

Muhyiddin juga berkata adalah sesuatu yang menyedihkan jika rakyat pada satu hari nanti melihat masalah itu sebagai sinonim dengan Umno dan keadaan tersebut perlu diperbetulkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya walaupun Umno mempunyai Lembaga Disiplin tetapi dalam keadaan sekarang lembaga itu sukar untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan sedia ada.

"Sebab keadaan ini berjalan di semua peringkat menyebabkan lembaga sukar untuk bertindak kerana mempunyai keupayaan tenaga yang sangat terhad," katanya.

Sehubungan itu Muhyiddin meminta semua anggota parti melihat kembali tataetika yang telah diedarkan kepada semua agar mengingatkan mereka tidak melakukan politik wang itu. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising