Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 9, 2008

Tidak etika Anwar jadi PM 'pintu belakang'

Aug 8, 08 8:53pm
(Malaysiakini) Percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui "pintu belakang" dengan menyeru ahli-ahli parlimen BN melompat parti beramai-ramai adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik, kata bekas pemimpin PKR Dr Chandra Muzaffar.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal undang-undang akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya hari ini.

Memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan
martabat politik, katanya, dan Anwar juga tidak mempunyai mandat
untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Menurut laporan Bernama, Dr Chandra berkata Anwar terlalu taksub untuk menjadi perdana menteri secepat mungkin sehingga sanggup beliau berusaha keras memujuk sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN menyertai PKR.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan.

"Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu - yang malahan tidak berada dalam Parlimen - sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" Dr Chandra dipetik sebagai berkata.

Beliau menambah, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan BN melalui perbuatan lompat parti telah mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negara sejak beberapa bulan lepas.

"Jika ancaman lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan ramai rakyat tahu bahawa pada satu ketika dahulu Anwar sebagai pemimpin BN dan kerajaan persekutuan telah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.

Dr Chandra menegaskan, walaupun Anwar menyatakan yang pujukannya tidak melibatkan wang atau ganjaran lain, daripada segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

Beliau berkata lagi, amat menyedihkan politik seumpama ini dilakukan
oleh ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar.

"Mereka sepatutnya cuba meyakinkan beliau yang ia lebih bermaruah untuk memasuki Putrajaya melalui pintu depan. Ini dengan cara memenangi pilihan raya umum ke-13 di peringkat persekutuan dan membentuk kerajaan menerusi undang-undang, dengan cara beretika," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Dr Chandra menambah, jika Anwar memasuki Parlimen selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16-26 Ogos, beliau sepatutnya cuba merapatkan jurang yang memisahkan parti-parti Pakatan Rakyat dengan merumuskan program dan visi pembaharuan bersepadu, dan melupakan perkara lama yang sudah lapuk dan basi.

"Harapannya ialah beliau juga akan, sebagai ketua pembangkang, membentuk kabinet bayangan yang akan mendesak kerajaan BN untuk memperkenalkan sebanyak mungkin perubahan yang diperlukan.

"Inilah yang rakyat mahu beliau lakukan. Anwar tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi melalui pintu belakang."Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising