Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 23, 2008

Tian Chua gesa SPR batal kelayakan Arif

Oleh Mstar
Sabtu, 23 Ogos 2008

Pulau Pinang: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah telah membayar duit kepada bukan pekerja jentera pilihan raya, yang menurut parti itu satu bentuk rasuah, dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan kelayakannya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Berdasarkan laporan media hari ini (akhbar bahasa Cina), Arif Shah mengaku membayar duit kepada mereka yang bukan merupakan pekerja jentera pilihan raya.

"Membayar duit kepada mereka yang bukan pekerja adalah satu bentuk rasuah walaupun Arif Shah mengatakan ia bertujuan mendapatkan maklumat.

"Justeru, kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat perkara ini dan membatalkan kelayakan beliau bertanding," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua beliau pada sidang media harian di sini pagi ini.

Kempen pilihan raya kecil masuk hari ketujuh hari ini.

Tian Chua berkata, pengakuan Arif Shah dalam akhbar sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya.

Bagaimanapun Arif Shah yang ditemui mStar Online selepas sidang media itu memberitahu, beliau tidak pernah berbuat demikian.

"Saya tidak bayar sesiapa. Saya sendiri pun tiada pekerja jentera. Jentera pilihan raya pula diuruskan oleh Umno Bahagian (Permatang Pauh).

"Dana saya terhad, macam mana saya hendak bayar jika saya tiada pekerja jentera," kata beliau.

Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata, beliau ada berhubung dengan jentera pilihan raya Bahagian Permatang Pauh yang mengumpulkan maklumat daripada mereka yang bukan merupakan jentera pilihan raya.

"Mungkin mereka bayar, saya tidak tahu. Tapi bukan saya yang bayar," katanya.

Antara maklumat yang diperoleh ialah sentimen pengundi dan masalah yang mereka hadapi ketika tempoh berkempen, untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Maklumat seumpama itu dikumpulkan oleh jentera pilihan raya Permatang Pauh dan disalurkan kepada beliau setiap hari untuk tindakan susulan.

Jelas Tian Chua, maklumat yang diperoleh menunjukkan Arif Shah membayar antara RM100 dan RM500 setiap pekerja.

Beliau tidak pasti berapa pengundi yang telah dibayar setakat ini.

Jika ditanya sama ada SPR boleh membatalkan kelayakan serta-merta sebelum 26 Ogos, beliau berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas dan sepatutnya SPR berbuat demikian.

"Melainkan Arif Shah menafikan laporan akhbar. SPR perlu menyiasat perkara ini dan batalkan status calon Arif Shah," katanya lagi.

Kata Tian Chua pihaknya telah memaklumkan kepada badan pemantau pilihan raya, Mafrel dan aduan rasmi akan dikemukakan kepada SPR esok. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising