Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 13, 2008

Terengganu Cadang Bekal Komputer Riba Kepada Semua Pelajar

KEMAMAN, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu bercadang membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar di negeri ini apabila menerima kembali wang royalti minyak daripada kerajaan Pusat tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kecemerlangan pendidikan di negeri ini serta bagi mengatasi masalah beg sekolah terlalu berat yang dibawa pelajar ke sekolah.

"Setelah wang royalti minyak diberikan kembali kepada Terengganu, wang tersebut akan dibelanjakan dalam bidang pendidikan yang menjadi keutamaan kita.

"Hasrat saya ialah untuk membekalkan sebuah komputer riba kepada setiap murid di Terengganu agar ia dapat mengatasi isu beg sekolah yang berat serta mendedahkan mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penganugerahan hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu (YT) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan penyampaian bantuan pendidikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi kawasan Parlimen Kemaman di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 337 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), masing-masing menerima wang tunai antara RM120 dan RM240 seorang.

Seramai 229 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kawasan Parlimen Kemaman pula masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata mulai tahun depan, kerajaan negeri melalui YT akan menghantar seramai 150 pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di luar negara termasuk 50 orang di Rusia.

Selain itu, beliau berkata seramai 20 pelajar akan dihantar ke luar negara bagi mengambil kursus sebagai juruterbang.

"Semua itu dibuat bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat Terengganu yang selama ini ketinggalan berbanding penduduk di negeri-negeri Pantai Barat," katanya.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising