Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, August 8, 2008

SPR guna senarai pemilih terbaru

Oleh Bernama
Khamis, 07 Ogos 2008

PP: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih berdaftar yang dikemaskini sehingga 31 Julai lepas bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Timbalan Pengarahnya Ilyani Farha Mohammad berkata pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pemilih bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh ialah 58,449 orang dan sehingga 31 Julai lepas, pemilih berdaftar di Parlimen itu ialah 58,459 orang.

Beliau meminta pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh supaya membuat semakan daftar pemilih melalui laman webnya, http://www.spr.gov.my.

Katanya seperti pilihan raya umum lepas, SPR menyediakan 28 pusat pengundian.

Bagaimanapun, dua daripadanya ditukar iaitu Maktab Adabi, Jalan Abdul Kadir ditukar ke Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah, Jalan Abdul Kadir manakala Dewan Kelas (KAFA) Kampung Tun Sardon, Ara Kuda ditukar ke Dewan Orang Ramai, Kampung Tun Sardon, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kita minta orang ramai mengambil perhatian terhadap pertukaran ini. Kita akan tampal maklumat ini di tempat umum tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata pusat penamaan calon dan penjumlahan undi ialah di Maktab Perguruan Tuanku Bainun.

Mengenai persediaan SPR negeri, Ilyani berkata kakitangan suruhanjaya itu telah memulakan persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Kita akan gunakan peralatan sedia ada kerana kita baru sahaja menghadapi pilihan raya umum baru-baru ini, ada juga peralatan yang tidak cukup dan itu kita akan minta daripada Ibu pejabat SPR," katanya.

SPR hari ini menetapkan 16 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 26 Ogos ini. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising