Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 27, 2008

Sidang akhbar Anwar kecoh...

Aug 26, 08 11:57pm
Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diisytiharkan memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, menjadi agak kecoh kerana sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pengawal peribadi mantan timbalan perdana menteri itu.


Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.

Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.

anwar pc permatang pauh 01 260808Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.

Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.

Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.

'Kawasan larangan'

Sebaliknya, para pegawai SPR berkeras mengatakan sidang akhbar tidak dibenar diadakan di situ walaupun dewan berkenaan merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Pada masa lalu, seperti sewaktu pilihanraya umum 2004 dan 2008, sidang akhbar dibenar diadakan di dewan perjumlahan undi, selepas keputusan diumumkan.

anwar permatang pauh polling day 260808 13Ketika menutup pintu dewan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, beliau terpaksa melarang bukan kakitangan SPR berada di situ, kerana dewan tersebut masih merupakan kawasan larangan kerana kotak-kotak undi ditempatkan di situ.

Sebelum itu, kira-kira 500 orang, termasuk pemimpin parti politik dan media, berada di dewan tersebut untuk mengikuti pengumuman keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Ekoran tindakan SPR itu, kumpulan wartawan berkenaan terpaksa keluar dan sidang akhbar kemudiannya diadakan di luar dewan tersebut.

Kemudian timbul masalah baru dengan pengawal peribadi Anwar ketika para wartawan mahu menghampiri penasihat PKR itu untuk mendapatkan komennya.

Malah, sidang akhbar tersebut berjalan dengan diawasi ketat oleh para pengawal peribadi Anwar.

'Sikap berlebihan'

Anwar dikawal rapi oleh spasukan pengawal peribadi, gaya pegawai elit polis, sejak kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula pada 16 Ogos lalu.

Sebelum ini, Anwar menyatakan beliau memerlukan perkhidmatan pengawal peribadi kerana terdapat ancaman terhadap nyawanya.

anwar and his bodyguard utk permatang pauh by election 230808 02Bagaimanapun, ramai wartawan veteran berpendapat, pengawal peribadi Anwar itu bersikap 'agak berlebihan' dalam menjalankan tugas mereka.

Contohnya, di akhir sidang akhbar hari ini, mereka menolak wartawan ketepi ketika membawa Anwar beredar dari situ.

Sebelum itu, ketika Anwar tiba di dewan perjumlahan undi, pengawal peribadinya berulangkali cuba menghalang media daripada mendekati penasihat PKR itu.

Seorang daripada pengawal peribadi itu pula sering mengingatkan pihak media supaya 'jangan merosakkan malam tersebut' ketika meminta mereka berhenti mengambil gambar Anwar.

Sebenarnya, sikap SPR dan pengawal peribadi Anwar itu sendiri yang sebenarnya telah merosakkan malam untuk wartawan, yang hanya mahu bertugas mereka.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising