Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 9, 2008

Siasat pelantikan 11 pegawai khas MB

Aug 8, 08 4:10pm
(Malaysiakini) Pakatan Rakyat membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memintanya menyiasat pelantikan sebelas pegawai khas menteri besar Negeri Sembilan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.


Laporan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar.

Bercakap kepada pemberita di Seremban hari ini, beliau berkata pegawai khas tersebut juga turut diberi kuasa untuk duduk dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan daerah dan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah.

Katanya, dalam laporan tersebut, BPR juga diminta menyiasat tindakan kerajaan Negeri Sembilan membatalkan elaun pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri sebanyak RM1,500 sebulan selepas pilihanraya umum Mac lalu, demikian menurut laporan Bernama.

Zulkefli berkata, alasan kerajaan negeri bahawa tindakan itu sebagai langkah berjimat cermat adalah tindakan tidak demokratik dan menafikan hak wakil rakyat untuk menggunakan peruntukan itu bagi kebajikan rakyat.

"Kami meminta BPR melakukan tindakan yang sewajarnya bagi membetulkan keadaan yang tidak sihat ini daripada terus berlaku," katanya.

Zulkefli diiringi beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Rasah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Loke Siew Fook; Adun Sikamat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminuddin Harun dan Ketua Pemuda PAS negeri yang juga Adun Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Reaksi MB

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan negeri menyalahgunakan elaun RM1,500 wakil rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang dengan melantik 11 pegawai khas dan membayar gaji mereka adalah langsung tidak berasas.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, kerajaan negeri tidak menggunakan duit RM1,500 itu bagi membuka pusat khidmat dan membayar gaji pegawai khas bagi mengurus pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN).

"Elaun yang dipotong itu bukannya khusus untuk mengurus pusat khidmat di kawasan masing-masing tapi sebaliknya terus disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi membantu golongan kurang bernasib baik," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini

Mohamad berkata apa yang dipotong bukan elaun tetap wakil rakyat. Ia adalah elaun untuk wakil rakyat membuka pejabat dan menggaji pembantu pejabat pusat khidmat masyarakat BN yang dibuka dan dibiayai oleh parti.

Beliau berkata semua wang yang terkumpul daripada potongan elaun sebanyak RM648,000 setahun itu akan disalurkan kepada tabung JKM bagi membantu rakyat negeri ini terutama mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.

"Kita juga akan mengusulkan di persidangan Dewan Undangan Negeri hujung bulan ini supaya meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta lagi untuk disalurkan kepada JKM bagi membantu dan membela golongan kurang bernasib baik di negeri ini," katanya. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising