Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, August 14, 2008

Sebuah Daerah Baru Bakal Diwujudkan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini diberitahu bahawa sebuah daerah baru sedang dipertimbangkan untuk diwujudkan di Kuala Terengganu Utara.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata bagaimanapun tempoh daerah baru itu bakal diwujudkan tidak dapat dinyatakan sekarang kerana mengikut Akta Persempadan Semula Pilihan raya, pembahagian kawasan-kawasan itu, hanya dilakukan lapan tahun sekali.

Katanya semasa menjadi exco kerajaan negeri dalam kerajaan sebelum ini, beliau mencadangkan supaya daerah baru itu diwujudkan dan menolak cadangan agar ditubuhkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru di Kuala Terengganu Utara.

"Kalau dulu saya sebagai exco, tetapi sekarang sebagai Menteri Besar, saya percaya bahawa sudah tentu ada terowong di hujung sana (ruang untuk mewujudkan daerah baru itu)...Insya-Allah," katanya ketika menjawab soalan Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) pada sidang DUN Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Ramli sebelum itu bertanyakan sama ada satu daerah baru iaitu daerah Kuala Terengganu Utara atau Kuala Nerus akan diwujudkan oleh kerajaan Terengganu.

Sementara itu, kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa kadar inflasi negeri itu meningkat sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh dua bulan sejak Mei lepas berikutan peningkatan harga petrol dan diesel serta beras.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal-Ehwal Pengguna negeri Dr A. Rahman Mokhtar berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan, kadar inflasi pada Jun lepas meningkat kepada 8.6 peratus daripada 4.1 peratus pada Mei.

Beliau berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) juga meningkat sebanyak 3.9 peratus dalam tempoh yang sama.

"Keadaan itu berlaku kerana harga barangan keperluan meningkat secara mendadak selepas kenaikan harga petrol, diesel dan beras sejak Mei lepas," katanya ketika menjawab soalan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai kadar inflasi ekoran kenaikan harga minyak pada Jun 2008.

Menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Sura) berhubung bantuan yang diberikan kepada rakyat bagi meringankan beban ekoran kenaikan harga minyak, A. Rahman berkata kerajaan negeri akan melancarkan program Bumi Hijau yang menggalakkan penanaman sayur-sayuran di kawasan rumah.

"Kerajaan negeri juga akan meningkatkan kawasan penanaman padi seluas 2,000 hektar di Setiu dan 2,000 hektar lagi di Projek Pembangunan Terengganu Utara (Ketara)," katanya.
Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising