Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 27, 2008

Rakyat tolak politik kaum, fitnah - Husam

PERMATANG PAUH, 27 Ogos (Hrkh) - Keputusan pilihan raya semalam membuktikan bahawa rakyat menolak politik perkauman, fitnah dan pemanipulasian jentera kerajaan.

Iklan




Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa,keputusan pilihan raya ini membuktikan bahawa rakyat menolak politik perkauman, fitnah memusnahkan peribadi individu selain memanipulasikan jentera kerajaan termasuk media untuk kepentingan politik mereka.

Image"PAS bangga dengan pencapaian ini menunjukkan rakyat mahukan reformasi dan kemerdekaan daripada segala bentuk ancaman dan politik sempit dan kotor.

"Ia juga merupakan suatu signal bersifat fundamental ke arah kesatuan serta menolak poltik tidak bermoral serta perkauman yang sudah tidak relevan bagi mengorak langkah ke hadapan," tegasnya semasa sidang media selepas kemenangan Anwar semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan penghargaan pengundi yang bijak membuat keputusan bagi memberikan isyarat jelas kepada BN.

"Mereka telah memberi pengajaran kepada Najib dan BN akan hakikat sebenar sekarang ini," ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam,Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi dan calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising