Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 9, 2008

PKR yakin tubuh k'jaan selepas 16 Sept

Aug 8, 08 12:40pm
(Malaysiakini) Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar, apabila Pakatan Rakyat memerintah, rakyat tidak perlu lagi "takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang sewenang-wenangnya."

Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.

Anwar juga mendakwa, perbicaraan ke atasnya adalah bermotifkan politik dan "dengan izin Allah merupakan yang terakhir".

Mantan timbalan perdana menteri itu juga yakin Pakatan Rakyat akan mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi pada 16 September depan untuk mengambil alih kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, ahli-ahli parlimen BN telah memberikan jaminan kepadanya.

Sebelum ini, mantan timbalan perdana menteri berkata, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pakatan pada tarikh tersebut.

anwar ibrahim pc 080808 04Bercakap dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar juga yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan.

Semalam, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Tiada bukti

Dia dituduh melakukannya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga meminta supaya dijamin keselamatan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang sebelum ini telah melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

Menurut Anwar, Dr Osman sekarang dipercayai sedang bersembunyi.

Anwar berharap doktor itu tidak "hilang" seperti apa yang berlaku dalam kes-kes berprofil tinggi, seperti penyiasat persendirian Balasubramaniam yang terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

"Keselamatan doktor itu dibimbangi kerana beliau telah menyebut nama-nama polis yang mengugutnya membuat keterangan palsu (berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar)," kata ketua umum PKR itu.

Dr Mohamed Osman telah membuat akuan berkanun yang bertarikh 1 Ogos lalu bahawa beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Saiful yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Disiasat BPR

Anwar sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan liwat terhadapnya mengulangi peristiwa 1998 tetapi " tidak begitu kasar".

Menurutnya, ada di kalangan teman-temannya yang berkata, jangan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau tidak mengetahui perkara sebenar.

Namun, kata Anwar, perkara itu tidak boleh diterima kerana perdana menteri telah membuat "pendirian yang memihak", contohnya kenyataan Abdullah bahawa DNA baru diperlukan kerana DNA lama (Anwar) tidak boleh lagi dipakai.

Dalam nada menyindir, Anwar berkata: "Beliau (Abdullah) baru tahu (bahawa DNA tahan lama), menantunya (Khairi Jamaluddin) tidak sampaikan maklumat."

Anwar penglibatan Abdullah dalam kes beliau menyebabkan berlakunya "krisis yang tenat" dalam pentadbirannya.

"Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi perdana menteri sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai dakwaan penglibatan beliau dalam korupsi dan politik wang."

Selasa lalu veteran Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kepada BPR, mendakwa pucuk pimpinan tertinggi Umno melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Beliau membuat laporan tersebut berdasarkan dakwaan Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor, yang mendakwa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising