Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 5, 2008

Pilihan raya Kecil: Permatang Pauh dulu, baru Sanglang?

Bashir Ishak
Tue | Aug 05, 08 | 7:46:26 am MYT

Ketika orang ramai dari kalangan penggiat politik, pemerhati mahupun orang biasa sehinggalah mereka yang terlibat secara langsung khususnya para pengundi di Dun Sanglang masih tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan kes petisyen Dun tersebut, tiba-tiba tumpuan politik negara mula beralih ke Permatang Pauh pula.

Iklan




Keputusan Mahkamah Pilihan raya berkaitan petisyen Dun Sanglang baru-baru ini membingungkan semua orang kerana keputusan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan ditolak tetapi sebaliknya lawan beliau, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin tidak pula diisyhtiharkan sebagai pemenang.

Ekoran keputusan tersebut, Ustaz Hashim sebagai pempetisyen telah memfailkan rayuan ke Mmahkamah Persekutuan pula.

"Tarikh rayuan belum diberikan oleh mahkamah," itulah jawapan yang mampu diberikan oleh pimpinan PAS Perlis bila ditanya orang.

Dalam pada itu, kerusi Dun Sanglang masih lagi kosong. Cakap-cakap mengenai pilihan raya kecil Dun Sanglang terus berkumandang.

Tidak dinafikan di pihak PAS sendiri persediaan sedang dijalankan, apatah lagi di pihak Umno/BN yang begitu rancak menyusun program di Dun Sanglang.

Sudah beberapa kali program-program yang berselindung di bawah nama kerajaan diadakan di sana. Beberapa orang Menteri juga sudah turun padang. Mungkin juga mereka datang untuk menampilkan muka ketika pemilihan Umno di peringkat bahagian sedang rancak berjalan sekarang.

Tatkala ramai yang sedang mencongak-congak tentang percaturan di Sanglang, tumpuan tiba-tiba beralih ke parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang.

Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi yang dimenanganinya dalam pilihan raya umum lepas untuk memberikan laluan kepada suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Awalnya, Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan dikatakan memilih untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru yang sedang dalam proses perbicaraan petisyen pilihan raya.

Bagaimanapun akhirnya laluan diberikan oleh isterinya sendiri untuk beliau meneruskan karier politiknya yang tersekat lewat peristiwa tahun 1998 lalu.

Sitasi ini sekaligus memperlihatkan pilihan raya kecil akan diadakan di Permatang Pauh dahulu memandangkan situasi di Sanglang masih belum terjawab.

Sekiranya sesuatu kerusi dikosongkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memutuskan untuk mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari.

Apapun, pilihan raya kecil ini adalah ujian pertama bagi parti-parti di bawah Pakatan Rakyat pasca pilihan raya umum ke-12.

Masa inilah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan satu kejituan dalam pakatan yang dibentuk bagi membuktikan mereka mampu dilihat rakyat di dalam negara ini untuk menggantikan pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga kerjasama yang padu perlu untuk menafikan sebarang tohmahan atau usaha dari parti pemerintah yang memperkudakan media arus perdana di negara ini untuk cuba memecah-belahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP ini.

Sebagai ikon politik nombor satu di negara ini pada masa ini, Anwar yang akan bertanding di kerusi Permatang Pauh pasti akan menarik tumpuan seluruh dunia yang menanti-nantikan "political comeback" beliau.

Begitu juga dengan visi untuk melihat beliau melangkah ke Putrajaya September ini, sudah pasti seluruh pelusuk dunia sedang memerhatikan perkembangan ini.

Walau bagaimanapun, laluan beliau tidak semudah yang diharapkan kerana masih banyak kontroversi yang sedang melanda. Hanya diharapkan tidak berlaku sebarang perkara yan tidak diingini sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil tersebut.

Nampaknya kata-kata "Jom gempur Sanglang" terpaksa ditangguhkan sementara dan digantikan "Jom Gempur Permatang Pauh" pula. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising