Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 17, 2008

Persatuan wartawan kesal

Aug 16, 08 10:54pm
(Malaysiakini) Beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan PKR yang didakwa mereka tidak menunaikan janji bagi memastikan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak berulang.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini.

"PKR asyik minta maaf, tetapi tiada sebarang usaha dibuat bagi melindungi media(daripada diganggu penyokongnya)," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Bukit Mertajam adalah satu "insiden yang amat memalukan kerana kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik."

Norila berkata tindakan penyokong PKR itu "dah melampau, dah banyak kali" mereka bertindak mengkasari petugas media.

Kes terbaru pada 3 Ogos lalu di mana jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya.

Berikutan kejadian itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah meminta maaf dan berjanji akan memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.

Setiausaha PKR Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim juga pernah memberi jaminan keselamatan terhadap petugas media yang membuat liputan sepanjang pilihanraya kecil itu.

Insiden kedua

Norila berkata Malaysia bukan negara komunis atau autokratik, "kita mengamalkan demokrasi. Mengapa media diserang? Adakah PKR mengamalkan gangsterism memandangkan sudah banyak sangat insiden sedemikian."

Sementara itu, pemangku Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman berkata ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar.

"Sebagai sebuah parti yang mendakwa mendokong kebebasan bersuara dan bermaklumat, tindakan itu dilihat tidak menepati apa yang mereka perjuangkan.

"Kejadian itu amat membimbangkan pihak media yang membuat liputan," katanya sambil berharap pihak keselamatan dapat mempertingkatkan pemantauan bagi menggelakkan berlakunya kejadian tersebut.

Beliau mendesak PKR mengotakan janji mereka berhubung keselamatan dan keselesaan petugas media membuat liputan pilihanraya kecil itu.

Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai."

Beliau meminta parti-parti politik terutama pembangkang untuk menghormati kebebasan media dalam menjalankan tugas.

Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak bagi bagi kebebasan media." Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising