Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 24, 2008

Pandangan kuno DAP perlu disanggah

Oleh Suhaimi Taib
Sehingga hari ini DAP tetap mempertahankan dakwaan bahawa negara ini adalah negara sekular.

Parti itu dikatakan tidak mahu menjadikan negara ini sebuah negara teokrasi (berteraskan agama), satu pandangan agak terkebelakang dan memang parti itu tidak mengetahui apa-apa mengenai hakikat realiti sejarah dan ketamaddunan manusia sejak zaman silam sehingga kehancuran dunia ini.

Jika semua pemimpin dan ahli DAP mengkaji sejarah keagamaan dan fahaman ciptaan manusia, di sana mereka akan mengenemui suatu keputusan bahawa tidak ada jalan penyelesaian lain sebaik-baiknya melainkan manusia kembali kepada Islam.

Gunakanlah minda untuk mengkaji hakikat itu atau mengkaji hakikat kebenaran dan keadilan sebenarnya, bukan sekadar berdasarkan kepada pandangan atau pendapat sendiri semata-mata.

Semua orang mahukan keadilan dan kebenaran tetapi soalnya apakah makna keadilan itu dan apakah makna kebenaran itu?

Siapakah sepatutnya menentukan apakah sesuatu itu benar atau adil, manusia serba kekurangan inikah yang layak berbuat demikian atau siapa?

Dalam keadaan sekarang apakah akta atau enakmen yang dicipta boleh diberi keyakinan (dengan dasar dan sandaran yang kukuh dari segi faktanya) bahawa apa yang diluluskan di parlimen dan dewan undangan negeri itu adil dan benar?

Jika tidak boleh diberi kepastian dengan hujah yang kukuh, apakah DAP boleh memberi jaminan dengan sistem yang ada boleh memberi keadilan dan boleh menegakkan kebenaran di negara ini atau boleh mempastikan sistem pemerintahan negara berjalan dengan betul dan adil di masa akan datang sekiranya Pakatan Rakyat yang termasuk DAP itu memerintah negara?

Apakah hujah yang mahu dikemuakan oleh DAP dalam soal ini? Saya akan tetap mengemukakan hujah di masa akan datang untuk menyatakan bahawa apa yang dicita-citakan oleh DAP itu tidak betul.

DAP patut mengkaji Islam dan agama-agama lain sejauh mana ia benar dan bertepatan dengan fitrah kemanusiaan sekiranya parti itu bercita-cita tinggi mahu memerintah negara ini.

Jangan cuba mahu membawa negara ini ke arah satu pemerintahan ala sosialis atau fahaman mansia lain yang rapuh dan menyusahkan manusia itu sendiri.

Saya adalah orang yang pertama menentang pandangan DAP itu sambil menegaskan ia satu pandnagan tidak relevan dan satu trend lapuk untuk menyusahkan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Saya ingin menegaskan tidak ada satu sistempun boleh menjaga keharmonian dan kedamaian hubungan antara kaum dan agama di dunia ini melainkan Islam.

Kajilah sendiri, jangan pandai cakap saja. Sekarang DAP boleh cakap 'kita mahu keadilan rakyat, kita mahu kembalikan negara ini mengikut landasan yang adil dan saksama' tetapi atas asas apakah DAP mahu letakkan negara ini untuk mempastikan keadilan dan saksama itu dapat diwujudkan.

Atas dasar sekularisme? Apakah dengan fakta sejarah dan hakikat sebenarnya sekularisme itu boleh memberi keadilan kepada manusia sejagat pada hari ini dan di masa lalu pun?

Jangan cuba sembunyikan hakikat sebenarnya, wahai DAP.

DAP, jangan cari padah dan jangan cari bala dengan pandangan kunonya itu. Bukalah minda, kajilah dengan teliti semua fakta yang saya kemukakan dalam tulisan saya kali ini.

DAP punya ahli bijak pandai, peguam, ahli fikir, ahli politik dan ahli agama tertentu mereka boleh gabungjalinkan untuk mencari kebenaran sebenarnya.

Saya tetap nyatakan 100 peratus negara yang akan dibina dengan pandangan DAP itu akan hancur dan menimbulkan ketidakadilan dan krisis kemanusiaan yang parah jika cita-cita DAP terlaksana.

Saya sekali lagi menentang pandangan DAP itu dan saya akan terus berjuang menghalang pandangan itu bertapak dalam negara dan tanah air saya ini.

24 Ogos 2008

Teratak Buruk, Tok Jiring,
Kuala Terengganu.
Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising