Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, August 14, 2008

Naib presiden GPMS beri keterangan

Aug 13, 08 2:43pm
Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim memberi keterangan kepada polis berhubung pembabitannya membantah forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Sabtu lalu.

Beliau memberi keterangan kepada pegawai polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur tengahari tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Walau apapun saya telah bertekad, jika Majlis Peguam menganjurkan lagi forum sedemikian, saya akan tampil ke depan membantah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Forum awam tersebut terpaksa dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

bar council islamic forum controversy inccident 090808 04Menurut Jais, sehari sebelum forum tersebut diadakan, iaitu pada petang Jumaat, beliau telah cuba berbincang dengan Majlis Peguam supaya forum tersebut dibatalkan.

Jais berkata, bagaimanapun, beliau diberitahu bahawa anggota jawatankuasa penganjur tidak ada ketika itu.

Katanya, seorang kakitangan staf majlis tersebut memberitahunya bahawa Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga pergi ke luar negara.

Diiringi anggota polis

"Saya beri masa sehingga jam 4 petang, jika tidak batalkan, kita akan teruskan protes.

"Bila saya masuk pada pagi Sabtu, program itu sudah berjalan, dan baru mereka hendak bincang, tetapi keadaan telah terlambat," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai apa yang berlaku dalam dewan pada hari tersebut, Jais berkata, beliau seorang sahaja dari GPMS yang masuk ke dalam dewan, dengan diiringi oleh tiga anggota polis.

Sebelum itu, katanya, anggota polis berkenaan telah menasihatkan beliau supaya jangan bertindak kasar dan mengeluarkan perkataan kasar.

"Bila saya masuk, pada jam 9.30 pagi, saya dibawa ke tingkat tiga atau empat," katanya.

Menurut Jais, seorang pegawai di situ memintanya duduk, sementara dia (pegawai berkenaan) membawa Ambiga menemuinya.

"Saya kata, saya bukan hendak berbincang lagi. Saya memberitahunya yang saya hendak turun ke dewan sekarang," katanya.

Ekoran itu, katanya, pegawai berkenaan memberitahunya supaya jangan membuat kacau.

Tidak ingat

"Saya turun ikut tangga dan mendapati forum tersebut sedang berjalan," katanya.

Jais berkata, semasa berada dalam dewan tersebut, beliau tidak pernah menyebut sebarang perkataan yang kesat.

Katanya, beliau ada ada menyebut beberapa perkataan tetapi tidak ingat apa yang telah disebutnya.

Bagaimanapun, kata Jais, beliau tidak pernah menyebut perkataan 'babi' atau 'Cina'.

Menurutnya, seorang jurugambar menghampirinya dan mahu mengambil gambarnya ketika beliau sedang berdiri di situ.

"Saya tepis kerana kamera terlalu dekat dengan saya. Saya rasa kalau hendak ambil gambar, boleh ambil dari jauh.

"Dalam dewan itu juga, saya mendengar ada orang berkata 'Melayu bodoh'.

"Saya berpusing kerana hendak melihat orang berkenaan, tetapi polis menarik saya," katanya.

Katanya, ada seorang peserta lain pula yang bertanya kepadanya, "siapa kamu?"

"Saya menjawab, saya orang Malaysia beragama Islam yang bertanggungjawab," katanya.

Ratusan berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising