Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 13, 2008

Muhyiddin gesa pelabur asing supaya jangan percaya Anwar bentuk kerajaan

Oleh Bernama
Rabu, 13 Ogos 2008

SINGAPURA: Ahli perniagaan asing yang bercadang melabur di Malaysia dinasihati supaya tidak mempercayai dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau akan mengambil alih teraju pentadbiran Malaysia September ini.

"Usah percaya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ahli perniagaan Singapura yang menghadiri dialog perdagangan di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata beliau tidak nampak kemungkinan perkara itu berlaku, lebih-lebih lagi memandangkan Anwar sering mengubah tarikh beliau akan mengambil alih kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional(BN)-- dari Ogos ke September, kemudian ke Oktober dan seterusnya.

Kata beliau persoalan paling besar ialah bagaimana Anwar akan menjadi perdana menteri sedangkan tidak seorang pun anggota parlimen BN, yang didakwanya akan menyertai beliau sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berbuat demikian.

Dialog itu diadakan sempena seminar sehari tentang peluang perniagaan di Malaysia anjuran bersama agensi perdagangan Malaysia dan Singapura, dan dirasmikan Muhyiddin.

Muhyiddin berkata keadaan politik yang wujud di Malaysia sekarang adalah semata-mata hasil ciptaan Anwar, yang tidak sudah-sudah membuat cerita kononnya beliau akan mengambil alih kerajaan September ini.

Muhyiddin, yang juga naib presiden UMNO, berkata pengundi di Malaysia telah membuat pilihan mereka pada pilihan raya umum lepas dengan mengundi BN bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Katanya walaupun BN tidak memenangi majoriti besar bagi kerusi parlimen seperti pilihan raya sebelum ini, namun "kemenangan tetap satu kemenangan".

Beliau berkata banyak pelabur bimbang dengan keadaan politik yang melanda Malaysia sekarang kerana mereka tidak pasti tentang iklim pelaburan pada bulan-bulan akan datang.

Katanya pelabur tertanya-tanya sama ada Malaysia masih stabil atau aman seperti sebelum ini atau adakah rakyat akan merusuh di jalan raya dan menimbulkan pelbagai masalah yang merugikan mereka yang melabur di Malaysia.

"Memanglah ini satu persoalan besar. Kami pun bimbang seperti anda juga, dalam menangani keadaan seperti ini.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini ialah terus memberi jaminan, dan bagi Malaysia, kami juga menyintai keamanan, sama seperti rakyat Singapura, kami cintakan kemakmuran dan kami sayangkan perpaduan yang telah kami kecapi sejak beberapa dekad lepas," kata Muhyiddin.

Rakyat Malaysia amat mementingkan keamanan kerana ia menjadi tanda aras yang kukuh bagi negara ini, kata beliau sambil menambah bahawa Malaysia juga amat mementingkan kestabilan dalam usaha menarik pelaburan.

Muhyiddin berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi sejak sekian lama dan sistem ini berjalan dengan baik, manakala BN pula menerima keputusan rakyat.

"Anwar Ibrahim perlu menghormati keputusan ini. Jika beliau teringin menjadi perdana menteri, beliau perlu tunggu empat tahun lagi, bertanding pada pilihan raya, menang dengan majoriti dan tubuhlah kerajaan, kalau itu berlaku," kata beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengekalkan kestabilan yang mereka nikmati sekarang.

Muhyiddin memberi jaminan kepada pelabur yang bercadang melabur di Malaysia dan mereka yang sudah melabur di negara berkenaan bahawa walaupun wujud beberapa perubahan dalam senario politik tempatan dan beberapa kerajaan negeri tidak lagi berada di bawah pentadbiran BN, namun perkara itu tidak menjadi masalah kerana dasar pelaburan sedia ada terus diguna pakai di seluruh negara.

Beliau berkata negeri yang ditadbir oleh pembangkang juga mahukan pelaburan dan mereka akan memastikan setiap pelaburan baru dan yang sudah dibuat di negeri berkenaan sejak beberapa dekad lepas, akan dijaga dan dilindungi dengan sewajarnya. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising