Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, August 14, 2008

MB S'gor enggan mohon maaf

Aug 13, 08 9:26pm
Menteri besar Selangor enggan meminta maaf berhubung cadangannya agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima 10 peratus pelajar bukan Bumiputera walau mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bantahan pelajar universiti itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berharap isu berkenaan tidak lagi dibesar-besarkan, lapor Bernama hari ini.

"Tak ada... ini bukan ada maaf atau apa, semua ini hanya untuk menerangkan isu yang telah dipolitikkan," beliau dipetik berkata, mengulas desakan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu yang mahu beliau berbuat demikian secara terbuka.

Semalam lebih 5,000 pelajar UiTM di Shah Alam dilaporkan berarak sejauh dua kilometer ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor yang menempatkan pejabat menteri besar sebagai tanda bantahan dan menyerahkan memorandum yang menyatakan rasa kesal mereka terhadap cadangan itu.

Abdul Khalid dilaporkan menjelaskan, kenyataannya Ahad lepas bukanlah pendirian kerajaan Pakatan Rakyat atau PKR.

Katanya, kenyataannya dibuat ketika menjawab soalan daripada media tentang kemasukan pelajar asing dan Bumiputera ke UiTM dalam konteks untuk mempertingkatkan mutu pendidikan tinggi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pelajar Melayu dan Bumiputera.

"Kerajaan negeri Selangor amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman," katanya.

Abdul Khalid menegaskan, beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak keistimewaan pelajar Bumiputera dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi mengangkat martabat pelajar Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, seperti dilaporkan agensi berita itu, beliau merancang mengadakan perbincangan dengan universiti-universiti di Selangor supaya mereka dapat berusaha untuk mencapai tahap universiti bertaraf antarabangsa.

"Salah satu ciri yang menyebabkan universiti-universiti dikenali di peringkat antarabangsa ialah keterbukaan universiti daripada segi idea dan kemasukan pelajar dan juga daripada segi penglibatan pelajar dalam perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa," katanya.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising