Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, August 4, 2008

Liwat: Tiada notis polis panggil Anwar hingga pagi ini

04-08-2008 11:07:32 AM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pagi ini (Isnin) tidak menerima apa-apa makluman ataupun arahan daripada polis meminta beliau hadir menemui polis dalam waktu terdekat.

BERITA TERDAHULU:

Semalam, salah seorang peguam pasukannya, Sankara Nair memberitahu mStar Online: "Sehingga kini (petang semalam) tidak ada apa-apa permintaan polis (meminta beliau menemui polis)."

Bagaimanapun kata beliau bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini sebagaimana disyaratkan.

"Anwar telah pun ditahan (bulan lalu), tidak perlu ditahan lagi," katanya.

Anwar yang dibebaskan atas jaminan polis dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi berkata, tiada perkembangan baru setakat ini.

"Kalau ada perkembangan, media akan dimaklumkan," katanya.

Sankara menambah, pihaknya telah memaklumkan bahawa anak guamnya akan sentiasa kerjasama dengan polis dalam siasatan tersebut.

"Menerusi surat kami bertarikh 29 Jun, kami telah memberi jaminan kepada polis bahawa kami akan memberi kerjasama kepada polis dan ini yang kami lakukan.

"Jika perlu, polis boleh minta kami hadir (menemui polis)... maklumkan kepada kami," kata beliau.

Ketika dihubungi, Anwar sedang dalam perjalanan ke Permatang Pauh untuk melancarkan program Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil di Seberang Jaya malam ini.

Anwar mengumumkan keputusan untuk bertanding di kawasan lamanya itu setelah ia disokongkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sankara berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa Anwar kemungkinan ditahan dalam waktu terdekat, paling awal esok, memandangkan siasatan dakwaan meliwat sudah dilengkapkan oleh polis dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan bahawa kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai hasil siasatan polis.

Dalam pada itu, sambil mengucapkan "selamat bertanding" kepada bekas bosnya Anwar di kerusi Permatang Pauh, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan beberapa perkara baru - antara lain dia pernah keluar bersamanya tiga kali sejak Mei lalu.

Saiful, 23, mendakwa sepanjang tempoh perkhidmatan dia pernah diberikan beberapa tanggungjawab oleh bekas majikannya, termasuk mengatur pertemuan sulit antara Anwar dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti.

Dalam tulisannya itu, Saiful turut mendedahkan bahawa tugasan serta tanggungjawabnya ialah membantu Ketua Staf Anwar, Ibrahim Yaackob.

"Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang coffee boy... membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staf menguruskan jadual DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Mengatur pertemuan sulit (sebagai contoh Ahli Parlimen yang hendak melompat parti, mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik Encik Hassanudin yang juga seorang ahli/ketua cawangan PAS.

"Mengiringi DSAI ke Hong Kong awal Mei 2008, Bangkok hujung Mei 2008 dan Singapura 16 dan 18 Jun 2008," kata Saiful menerusi tulisan terbaru dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Blog ini dimulakan bulan lalu.

Tulisan kali ini yang bersifat mendedahkan "butiran mendalam" bertajuk "Tugas-tugas seorang bekas Coffee Boy kepada DSAI".

Dia menulis perkara selanjutnya akan didedahkan di mahkamah.

"Selanjutnya saya akan bongkar di mahkamah nanti. Diharap bersabar," katanya.

"Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak... atau cuba minta DSAI (Anwar) jelaskan sendiri sama ada benar atau tidak," katanya.

Saiful berkata, beliau berdoa agar Pejabat Peguam Negara dapat mengendalikan kes ini kerana mahu mendapatkan keadilan.

Dia juga menyentuh pendiriannya untuk bersumpah membuktikan kebenaran pihaknya.

"Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan sumpah dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai," katanya.

Baru-baru ini Saiful menerusi peguamnya Zamri Idrus berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran kerana siasatan polis terhadap kes liwat itu selesai.

Semalam, Zamri mengesahkan kepada mStar Online bahawa persiapan sedang dilakukan untuk menguruskan majlis itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

Dia kini dikatakan berada dalam perlindungan polis dan tidak pernah muncul di umum sejak itu kecuali dirakamkan pergerakannya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Brickfields.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, siasatan dakwaan itu telah selesai dan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising