Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, August 14, 2008

Lembaga Jurutera Malaysia Ada Kuasa Adili Jurutera

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Lembaga Jurutera Malaysia boleh bertindak sebagai pengadu, pendakwa dan hakim dalam prosiding yang diusulkannya terhadap jurutera yang melanggar peraturan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman berkata Seksyen 15 Akta Pendaftaran Jurutera 1967 memberi kuasa meluas kepada lembaga itu bagi memainkan peranan aktif dalam memulakan, mendakwa dan membuat keputusan dalam prosiding tatatertib bagi membolehkan lembaga itu mengawal selia tingkah laku dan etika profesion kejuruteraan.

Katanya berdasarkan perenggan 2 (5) Jadual Akta Pendaftaran Jurutera, kuasa itu tidak boleh dimansuhkan.

Hakim Nik Hashim menganggotai panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi, yang meluluskan rayuan lembaga itu bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengeluarkan perintah certiorari kepada jurutera Leong Pui Kun bagi mengenepikan keputusan lembaga itu membatalkan pendaftaran Leong sebagai jurutera profesional.

Seorang lagi anggota panel itu ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Penghakiman yang diumumkan pada 1 Ogos itu diumumkan kepada media hari ini.

Dalam penghakiman 50 muka surat itu, Nik Hashim berkata lembaga berkenaan tidak bersikap berat sebelah sekiranya ia bertindak sebagai penuduh, pendakwa dan hakim.

Leong didapati bersalah oleh lembaga itu bagi empat pertuduhan berhubung runtuhan pelantar sepanjang 32 meter daripada jambatan berkuda-kuda keluli yang sedang dibina di kilang Matsushita Television Co. Sdn Bhd di Shah Alam, yang menyebabkan seorang terbunuh dan lima cedera 13 tahun lepas.

Pertuduhan itu termasuk kegagalan Leong mengambil langkah secukupnya bagi memastikan reka bentuk jambatan berkenaan yang akan disambung ke sebuah gudang, menepati amalan kejuruteraan yang baik.

Leong juga didapati gagal melakukan pemeriksaan berkala yang secukupnya terhadap kerja pembinaan jambatan penghubung itu bagi memeriksa sama ada kerja berkenaan dilakukan sejajar dengan amalan kejuruteraan yang baik.

Dalam perbicaraannya, keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepada Leong. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu, Lembaga Jurutera Malaysia mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, tetapi kalah dalam kes itu.

Nik Hashim berkata dalam kes Leong, walaupun lembaga itu tidak menerima aduan daripada Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) terhadap jurutera itu, tetapi memang sudah wujud aduan secara tidak langsung atau asas yang berdasarkan fakta bagi membolehkan lembaga itu mengambil daya usaha untuk bertindak terhadap Leong, berdasarkan penemuan jawatankuasa kecil teknikal Jabatan Kerja Raya dan jawatankuasa ad hoc lembaga itu.

"Responden (Leong) diberi salinan laporan berkenaan dan mengetahui tentang perkara yang diadu atau dikenakan pertuduhan terhadapnya serta diberi peluang menyanggah perkara itu," kata beliau.

Nik Hashim berkata tiada prejudis dilakukan terhadap Leong berikutan ketiadaan aduan kerana Leong diberi perbicaraan penuh dan dalam perbicaran itu, beliau diwakili dua peguam.

"Ketiadaan aduan itu tidak menyebabkan berlakunya sebarang ketidakadilan daripada segi prosedur atau melanggar keadilan semula jadi kerana responden (Leong) telah diberi peluang untuk menyanggahnya pada perbicaraan," kata beliau.

Hakim itu berkata berdasarkan hakikat yang wujud, adalah jelas bahawa keputusan lembaga itu tidak akan berbeza sekiranya terdapat aduan kerana keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan pengakuan Leong sendiri serta penemuan yang dibuat terhadap dua perkara penting iaitu reka bentuk jambatan berkenaan yang tidak tepat dan ketiadaan penyeliaan terhadap kerja berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi terkilaf apabila membuat kesimpulan bahawa keputusan lembaga itu membatalkan pendaftaran Leong adalah tidak tepat atau tidak sejajar dengan undang-undang, berikutan kehadiran dan penyertaan setiausaha dan penasihat undang-undang lembaga berkenaan semasa prosiding tatatertib dijalankan, kata beliau.

Nik Hashim juga berkata proseding tatatertib mengikut Seksyen 15(2) Akta Pendaftaran Jurutera bukan merupakan prosiding bersifat adversarial, manakala prosiding lembaga itu pula bersifat penyiasatan dan dijalankan berlandaskan lunas-lunas keadilan semula jadi.
Xomax - Natural Male Enhancement


Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising