Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 26, 2008

Kekeliruan daftar pemilih selesai...

Aug 26, 08 11:42am
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula jam 8 pagi tadi berjalan lancar di 110 saluran di 25 pusat pengundian, kecuali timbul sedikit kekeliruan mengenai daftar pemilih yang digunakan di saluran 2 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Kekeliruan itu berlaku kerana dalam daftar pemilih yang diberikan kepada PKR, senarai nama pengundi bagi saluran dua tercatat pada muka surat 8 hingga 21.

permatang pauh by election 260808 pkr outside nomination center 01Tetapi dalam daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi tadi, senarai pengundi saluran dua tercatat pada muka surat 1 hingga 14.

Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya sedang menyemak perbezaan tersebut.

Pada jam 11.05 pagi, ejen pengundian PKR Rodziah Ismail, mengesahkan bahawa nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

Sebelum itu, pada jam 10.30 pagi, seorang penyokong Pakatan Rakyat ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

Ketika itu, terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada lebih kurang 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

permatang pauh by election 260808 voter wait outside01Penyokong diarah beredar

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob yang tiba di tempat kejadian sejurus kemudiannya, kelihatan berbincang dengan para pegawainya dan selepas itu, polis mengarahkan penyokong kedua-dua belah pihak supaya beredar.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua kemudiannya berunding dengan polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

Pada kira-kira jam 11 pagi, ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar.

permatang pauh by election 260808 arif shah and family 04Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan.

Manakala bilik gerakan SPR, ketika dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan peratus pengundian sehingga jam 11 pagi berkata, hanya Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun tiada di bilik gerakan kerana difahamkan sedang meninjau proses pengundian pilihanraya kecil saat ini.

Pilihanraya ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Najib jumpa Guan Eng

permatang pauh by election 260808 arif shah vote 06Ia diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Sementara itu, calon BN merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2.

Beliau, isterinya Latifah Asmawi dan anak sulung mereka Izwan Shah mengundi pada jam 8.08 pagi.

Anwar pula tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.38 pagi untuk membuang undi.

Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya Dr Wan Azizah yang turut mengundi di situ.

Sementara itu, polis berkata, keadaan keselamatan adalah terkawal dan anggota polis ditempatkan di seluruh kawasan Permatang Pauh.

Unit Udara polis juga mengadakan pemantauan di sekitar pusat-pusat mengundi.

najib kit siang permatang pauh 260808 03Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, ketika melawat pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'.

Manakala calon Akim, Hanafi ketika dihubungi Malaysiakini, berkata beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kajicuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh pada kira-kira jam 12.10 tengahari tadi.Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising