Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 5, 2008

Kabinet bayangan: Pejabat MB nafi, Sinar Harian digesa mohon maaf

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan bahawa Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menamakan mana-mana individu untuk kabinet bayangan sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Ogos lalu.

Iklan




Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad lewat petang semalam, pejabat Menteri Besar meminta agar pihak editorial Sinar Harian memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan memandangkan ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan pembaca.

Jelasnya, sebarang keputusan melibatkan pimpinan rakyat di peringkat pusat akan dibuat oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Artikel yang bertajuk 'PR sudah mula bentuk kabinet bayangan' disiarkan di muka N2 dalam akhbar tersebut.

Berikut adalah sebahagian petikan artikel tersebut:

'Shah Alam-Walaupun belum memerintah negara tetapi Pakatan Rakyat (PR) sudah membentuk 'kabinet bayangan' yang diterajui Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain menjadi Perdana Menteri, Anwar juga kana memegang portfolio Menteri Kewangan

Katanya, penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dialntik sebagai Timabalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

"Terdapat kemungkinan struktur 'kabinet bayangan' itu akan diubah beradsarkan pengalaman PR dalam mentadbir kerajaan Selangor. Rasanya kita akan uabh dan lakukan.

"Tetapi saya rasa setelah kita berdepan usaha mengubah Selangor selama empat bulan lagi,"katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diterajui oleh Tian Chua, Gobalakrishnan, Irene Fernandez, Senator Yong Teck Lee dan William Leong

Struktur 'kabinet bayangan' yang terdapat dalam laman blog Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran itu menyenaraikan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan ke II dan Karpal Singh sebagai Menteri Dalam Negeri '. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising