Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 26, 2008

'Jika Arif menang, angkat sumpah esok'

Aug 26, 08 5:16pm
DAP mempertikaikan ura-ura untuk menangguhkan majlis angkat sumpah ahli parlimen baru Permatang Pauh seperti dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Saya percaya tiada siapa di Malaysia meragui bahawa jika (calon BN) Arif Shah memenangi pilihanraya kecil itu, beliau akan mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen di Dewan Rakyat esok atau selewat-lewatnya lusa," kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Beliau mengulas laporan media yang memetik Pandikar Amin berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Speaker juga dilaporkan berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

permatang pauh by election nomination day 160808 candidatesPilihanraya kecil kerusi parlimen itu ditandingi oleh calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) and Hanafi Hamat (Akim).

Lim menambah, Arif Shah akan segera ke Parlimen bagi dijadikan "pembakar semangat" Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengalami tsunami politik 8 Mac lalu yang menyaksikan BN buat pertama kali dalam sejarah kehilangan majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau begitu, kenapa berbeza jika Anwar terpilih semula sebagai ahli parlimen di kerusi itu dan meluru ke Dewan Rakyat dengan majoriti lebih besar?" kata Lim, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS syak kemungkinan terdapat "pihak-pihak tertentu" cuba mempengaruhi speaker untuk melambat-lambatkan pelantikan Anwar jika menangi hari ini.

Katanya, cubaan itu dipercayai berkaitan dengan usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan baru menjelang pertengahan bulan depan seperti yang diuar-uarkannya selama ini.

"Mereka mungkin cuba elak Anwar membentuk kerajaan pada 16 September," kata Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.

Penangguhan ini, jika berlaku, tambahnya, akan menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Mengulas perkara itu, ahli parlimen Kubang Kerian berkata, tidak ada masalah bagi Anwar mengangkat sumpah segera.

"Hanya perlu sekeping surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila beliau diisytiharkan menang, secara moralnya sudah sah (sebagai anggota Dewan Rakyat).

"Saya tidak nampak perlu ada penangguhan lama," katanya.

Dengan kemudahan faksimili dan internet, beliau menjangkakan Anwar wajar mengangkat sumpah selewat-lewatnya Khamis ini.

"Jangan sukarkan prosedur (angkat sumpah) itu. Kalau kita lihat, gaji (ahli parlimen) dibayar bermula pada hari diisytihar (menang)," katanya.

Ahli parlimen PKR bagi Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pula berkata kerajaan cuba mempengaruhi SPR dan speaker untuk mengelakkan Anwar turut sama berbahas di parlimen.

"Banyak isu mendesak untuk dibincangkan, terutamanya ekonomi dan bajet," katanya.

Parlimen sekarang sedang membahaskan Rang Undang-undang DNA dan Rang Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Jumaat ini, Abdullah yang juga menteri kewangan akan membentangkan Bajet 2009.

"Melengah-lengahkannya (angkat sumpah), memberikan kita gambaran demokrasi yang terputus.

"Speaker sepatutnya menggalakkan demokrasi dan mempercepatkan prosesnya (lantikan Anwar)," katanya.

Lihat liputan lengkap Pengundian di Permatang Pauh
Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising