Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 9, 2008

Forum 'Memeluk Islam' Akan Diadakan Seperti Jadual Esok

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Majlis Peguam memutuskan untuk mengadakan forum "Memeluk Islam" seperti dijadual esok walaupun mendapat bantahan keras daripada pemimpin Umno, PAS dan beberapa pertubuhan lain.

Naib Presidennya Ragunath Kesavan berkata forum itu tidak akan mempertikaikan Fasal 121 (1A) atau mempersoalkan agama Islam dan statusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kebimbangan pihak tertentu termasuk beberapa menteri Kabinet seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan PAS diberi perhatian," katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam di sini hari ini.

Ragunath berkata objektif Majlis Peguam ialah untuk menyelesaikan isu mengenai konflik undang-undang yang dihadapi keluarga yang terperangkap antara pemisahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.

"Majlis Peguam memperakui dan menghormati Fasal 121 (1A), tetapi terdapat pandangan adalah tidak adil untuk mewajibkan semua orang tertakluk dengan undang-undang dan mahkamah berdasarkan agama yang mereka tidak anuti, dan pandangan itu perlu dibincangkan dan diselesaikan."

Beliau berkata tumpuan Majlis Peguam ialah mengenai cara pengendalian konflik seumpama itu pada masa ini dan perlu ada usaha bersepadu di pihak kerajaan untuk menangani isu itu secara membina.

"Kami gembira dengan kenyataan perdana menteri baru-baru ini yang menggesa lebih banyak dialog diadakan antara pelbagai agama untuk menggalakkan dan memastikan keharmonian di kalangan penduduk Malaysia yang berlainan agama.

"Bagaimanapun, Majlis Peguam kesal dengan gesaan pelbagai pihak supaya membatalkan forum esok. Dakwaan mereka yang forum itu akan menimbulkan salah faham, kemarahan dan ketegangan, adalah bercanggah dengan jaminan yang diberikan oleh PM."

Beliau berkata perbincangan mengenai isu yang dihadapi negara tidak sepatutnya diadakan secara tertutup, tetapi perlu melibatkan orang awam dan golongan yang hidup mereka terpalit dengan isu itu.

Mengenai rancangan badan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum bagi membantah forum itu, Ragunath berkata Majlis Peguam bersikap terbuka dengan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan mereka.

Beliau berkata itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian dan Majlis Peguam tidak boleh menghalang pihak berkenaan untuk menyerahkan memorandum atau mengadakan demonstrasi.

"Dengan cara ini, kita boleh memahami masalah dan isu yang timbul, dan suatu hari nanti kita boleh berdialog dengan mereka pula," katanya.

Katanya, setakat ini 150 peserta terdiri daripada individu dan wakil organisasi termasuk perwakilan asing sudah berdaftar untuk menghadiri forum tersebut.

Panel penceramah terdiri daripada Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik/Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan tiga pengamal undang-undang, Ravi Nekoo, K. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Seorang penceramah telah menarik diri iaitu Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga bekas Hakim Syarie, Dr Haji Naim Haji Mokhtar. Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising