Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, August 4, 2008

Belanjawan 2009: Angka Pak Menteri hanya omong kosong

Shirzad Lifeboat
Mon | Aug 04, 08 | 2:32:31 pm MYT

Wow! Itulah reaksi yang paling sesuai dilahirkan mengenai senario politik Malaysia kini dan akan berterusan untuk tahun fiskal 2009.

Iklan




Maknanya rakyat Malaysia tak perlu bimbang. Cakap-cakap mengenai kenaikan harga barangan utama, kemarahan tentang harga minyak, keluhan tentang pendapatan yang tidak mencukupi, keresahan tentang nilai ringgit yang merosot, hanyalah isu yang dimainkan oleh pembangkang dan tak perlu dipercayai.

Menerusi program The Exchange terbitan TV3, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah mempromosikan Bajet 2009 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos ini oleh, tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Dalam rancangan yang disiarkan oleh TV separa-rasmi kerajaan itu, tentu sekali Nor Mohamed tidak menyebut tentang kadar cukai yang naik atau yang turun, barang yang akan dinaikkan harganya atau diturunkan harganya dan sebagainya.

Namun Menteri Kewangan kedua itu membenarkan sedikit intaian kepada apa yang akan diperkatakan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pembentangan bajet berkenaan.

Begitupun, dalam program The Exchange itu, Nor Mohamed, sebagaimana dijangkakan sudahpun memulakan ayat klasik kerajaan UMNO/BN dengan menyebut,"walaupun wujud tidak ketentuan dalam ekonomi dunia, Malaysia masih kukuh memandangkan ekonominya yang pelbagai."

Dalam wawancara itu, beliau juga menyebut Malaysia tidak berada dalam kemelesetan ekonomi buat masa ini.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Malaysia nampaknya, menurut Nor Mohamed, "Kita tidak akan berada dalam kemelesetan tahun ini dan tidak dalam kemelesetan tahun depan. Pertumbuhan akan positif."

Nampaknya pengurusan ekonomi Malaysia mungkin dapat dikelaskan sebagai terbaik di dunia dan jauh mengatasi hatta negara termaju sekalipun.

"Ekonomi Malaysia masih kukuh....Tidak ada kemelesetan dan bla...bla...bla!"

Mungkin Nor Mohamed melihat terlalu banyak angka, indeks, perangkaan dan sebagainya di atas meja beliau di bilik pejabatnya di Kementerian Kewangan.

Apakah agaknya persepsi peribadi beliau tentang ekonomi Malaysia jika ia berpendapatan seperti rakyat biasa, perlu pergi membeli barangan keperluan seperti rakyat biasa dan sebagainya?

Apakah beliau juga akan tergolong dalam golongan kebanyakan rakyat yang hanya menerima angka di dalam penyata gaji sedangkan wang tunai yang berbaki tidak cukup untuk dibajetkan untuk keperluan walaupun untuk tempoh seminggu?

Tentu sekali, betapa ekonomi bagi Nor Mohamed dan Umno-BN hanyalah angka-angka yang diperolehi dari pelbagai sumber. Namun bagi rakyat Malaysia, ia adalah soal hidup-mati dan soal survival.

Justeru angka yang dipersembahkan oleh Pak Menteri tidak membawa apa-apa erti sekiranya kita dalam keadaan yang terus tertekan seperti ini. Bagi rakyat, ia hanyalah omong kosong.

Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising