Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 27, 2008

Anwar: Rakyat mahu kemerdekaan sebenar...

Aug 26, 08 11:59pm
Walaupun ada masanya keadaan menjadi agak tegang ketika anggota polis berusaha mengawal lebih 7,000 penyokong Pakatan Rakyat di dalam pusat pengiraan undi, tetapi semuanya berjalan agak lancar.


anwar permatang pauh polling day 260808Seramai 3,000 penyokong lagi yang tidak dapat masuk ke dalam Institut Perguruan Tuanku Bainun, terpaksa menunggu di luar.

Hampir keseluruhan mereka yang hadir di situ merupakan penyokong Pakatan. Ini kerana sebaik sahaja pengundian selesai di pusat pengundian Tengku Bainun pada jam 5 petang tadi, penyokong Barisan Nasional (BN) menutup 'pondok panas' mereka dan pulang.

Penyokong Pakatan pula menyanyi dan bersorak setiapkali keputusan pengundian bagi setiap saluran diumumkan.

Anwar tiba bersama keluarganya dan lain-lain pemimpin PKR, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang pada kira-kira jam 10 malam.

Pemimpin PKR lain yang turut hadir ialah Naib Presiden, R Sivarasa dan Azmin Ali; Tian Chua (ketua penerangan), Elizabeth Wong (Exco kerajaan Selangor) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

polling day 260808 02Selepas keputusan saluran terakhir diumumkan pada jam 10.05 malam, Anwar terus diisytiharkan sebagai pemenang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Kemerdekaan sebenar

Para penyokong PKR bersorak riang dan gambar Anwar serta pemimpin PKR yang lain ditayangkan secara langsung di skrin besar yang terletak di padang institut tersebut.

Sejurus kemudian, mantan timbalan perdana menteri itu, dengan diapit oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Guan Eng, naik ke pentas untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan pekerja parti.

Guan Eng mengucap terima kasih kepada petugas pilihanraya dan pihak polis kerana menjalankan tugas dengan baik.

permatang pauh polling day 260808 05Ketika berucap Kepada penyokongnya, Anwar berkata, keputusan pilihanraya kecil itu menunjukkan bukan sahaja pengundi Permatang Pauh tetapi juga seluruh negara mahukan kemerdekaan yang sebenarnya.

Katanya, ia memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat mahukan perubahan, kemerdekaan dan tidak mahu lagi terus diperbodoh dan ditindas.

Beliau juga menegaskan pihaknya mahukan satu agenda ekonomi bagi membantu meringankan beban rakyat dan mahu harga minyak diturunkan.

"Dan ini akan berlaku apabila kita sampai ke Putrajaya," katanya.

Anwar kesal

Penasihat PKR itu juga melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lalu ditangguhkan Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa Oktober depan.

Anwar berkata rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen nanti.

Jawatan ketua pembangkang itu sebelum ini dipegang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya itu.

Selepas melaungkan 'Merdeka' dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, para penyokong beredar secara aman.Click Here!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising